Dating berdua dengan ‘madu’, netizen puji keikhlasan wanita kongsi suami
Sebut sahaja perkataan ‘poligami’ pasti ramai isteri seperti ‘cacing kepanasan’ dan ada yang mula tidak keruan mendengarnya. Bahkan, ramai yang berpendapat sanggup hidup bersendirian daripada hidup berkongsi kasih suami dengan wanita lain.
Bagaimanapun, bukan semua wanita beranggapan sebegitu malah segelintir mereka dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan bermadu seperti yang dikongsi oleh seorang wanita ini.
ADVERTISEMENT
Biar bermadu janji bahagia
Menggunakan akaun bernama @siigitom, wanita tersebut tidak segan berkongsi video mendedahkan kehidupannya sebagai seorang isteri kedua menerusi aplikasi TikTok miliknya.
‘Dating’ bersama madu
Dalam satu video yang dikongsi, dia dilihat cukup bahagia apabila dapat meluangkan masa berdua bersama madunya, iaitu isteri pertama. Malah, kedua-duanya kelihatan begitu rapat sehingga disangkakan seperti adik-beradik sewaktu bergambar bersama.
Hati baik dan bersih, kongsi suami pun okay
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira melihat perkongsian wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut memuji wanita terbabit serta madunya atas keikhlasan berkongsi kasih suami. Memang tidak dinafikan lagi, bukan mudah untuk hidup berkongsi suami ini.
Muka seiras, sedap mata memandang
Semoga kekal hingga syurga
Macam adik beradik, ‘sweet’ sangat
Selain itu, apabila melihat barang kemas yang dipakai oleh kedua-dua wanita berkenaan netizen beranggapan bahawa ternyata suaminya memang berkemampuan untuk berpoligami.
Baguslah begitu, bahagiakan kedua-dua isteri sama rata dan adil. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga. Amin!
Sumber: TikTok @siigitom