Kebanyakan Wanita Hari Ini Makin Stress. Suami Tak Bagi Perhatian, Sibuk Dengan Handfone. Ini Nasihat Padu dari Ustaz Ebit Lew

 


Pendakwah bebas, Ebit Lew memang terkenal dengan cara penyampaian sehingga dapat menimbulkan perasaan sebak dan insaf dalam kalangan peserta yang hadir ke program anjurannya. Baru-baru ini, pendakwah berusia 35 tahun itu mengadakan program berunsur keluarga terutama dalam menguruskan perhubungan suami isteri dengan memuat naik beberapa posting video di media sosial miliknya.

Sedih amat simpati bila baca hari ini ramai wanita stress dengan perangai suami masing-masing sampai ada yang ditimpa kemurungan yang berat. Terpaksa mendapat rawatan pakar psikatari. Ada yang ditimpa pelbagai penyakit. Ya Allah maafkanlah semua lelaki hari ni yang tinggalkan dakwah sehingga tak bawa isteri dekat pada Allah. Ya Allah bantu mereka dan sembuhkan mereka.

Punca utamanya isteri ini tidak diberi perhatian oleh suami dan tidak dikasihi disayangi dibimbing dan tidak diajar dengan Islam dan Sunnah Nabi saw.. Bila ketua keluarga terlupa maksud hidup ini yang sebenarnya. Tujuan Allah hantar ke dalam dunia ini dan mula sibuk dengan benda yang tidak termasuk dalam keperluan hidup.

Dan tidak mengutamakan yang utama kerana lalai atau jahil. Isteri buat pahala tak berhenti. Dia bekerja bantu suami yang sebenarnya kerja cari nafkah ialah suami. Suami kena sediakan makan minum dan bertanggungjawab terhadap semua keperluan isteri dan ahli keluarga.

Isteri mandikan dan uruskan anak-anak seorang diri.. Isteri uruskan pendaftaran sekolah & ajar anak-anak. Isteri kemas rumah dan layan anak-anak.. Isteri cantik-cantik nak tunggu suami belai dan layan suami..Isteri bawa anak ke klinik hospital. Isteri sakit pening tetap takde mc terus jaga anak dan uruskan rumahtangga

Urus semuanya tanpa cuti. Kalau robot boleh rosak. Kalau kapal terbang boleh jatuh. Ini manusia bernama wanita. Tak sempat makan, tak sempat tidur betul. Tak sempat buang air besar sempurna pun. Suami sibuk tengok telefon 24 jam. Suami sibuk nak keluar malam-malam terlalu kerap macam orang bujang sedangkan anak-anak kecil.

Balik 2 pagi. Balik 3 pagi setiap hari. Suami sibuk tidur di ruang tamu sedangkan isteri dalam bilik pening sakit. Penat jaga anak yang menangis dan bergaduh. Suami sibuk nak bersukan siang malam lepas waktu kerja.
Suami bila sakit nak isteri khidmat dan layan dia macam raja. Suami bila penat berehat tak ingat dunia. Tidur sepanjang hari. Suami bila kena tegur mengamuk, marah dan melenting.

Ubatnya begini. Solat 2 rakaat minta pertolongan Allah. Semua masalah dalam genggaman Allah. Merayu kasih sayang dan rahmat Allah. Sebenarnya jadi begini sebab hilang rahmat Allah. Jaga solat awal waktu. Suami isteri sama-sama tidur awal dan bangun tahajud sama-sama.

Suami balik isya dari masjid terus balik rumah buat amalan Ta’lim dengan keluarga. Suami kena tolong dan ringan tulang. Berebut-rebut tolong isteri di rumah. Makan bersama isteri dan anak-anak dalam dulang. Kasih sayang. Rajin ucap terima kaseh sayang dan pujian buat pasangan.

Jika kita boleh layan orang luar baik-baik. Ini pula isteri kita. Tidur bersama peluk isteri. Belai dan dengar mereka bercerita, bercinta setiap hari sampai tiada. Bawa isteri bercuti berehat berdua. Dating dan buat habis romantik. Bawa isteri berdakwah dan belajar iman ilmu di jalan Allah.