“Pernah tidvr atas guni, ramai tak nak ambil saya kerja sebab nampak selek3h” – Ustaz Ebit Lew share rahsia bagaimana beliau berjaya
“Pernah tidvr atas guni, ramai tak nak ambil saya kerja sebab nampak selek3h” – Ustaz Ebit Lew share rahsia bagaimana beliau berjaya
Pendakwah bebas Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew kini sering kali disebut kerana kebaikannya mendekati golongan-golongan kurang berkemampuan sepanjang PKP ini.
Keprihatinannya mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau memberi pertolongan tanpa memilih bangsa dan agama.
Pendakwah berketurunan Cina ini mula mendapat hidayah ketika berusia 12 tahun. Menurutnya dalam satu temubual, ketika kanak-kanak beliau merupakan seorang murid yang nakal.
Namun, hari demi hari pintu hatinya mula terbuka untuk mengenal Islam dengan lebih dekat melalui salah seorang gurunya. Pada saat itu, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak seluruh ahli keluarganya untuk turut mendekati agama Islam.
Terbaru, Ustaz Ebit telah memuatnaik satu posting di akaun facebook miliknya yang menceritakan perjalanan hidup daripada susah hingaa menjadi seorang yang berjaya terutamanya mengenai kerja dan perniagaannya. Dia juga berkongsi rahsia kejayaan dengan cara selalu yakin dan raj1n.
“Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.”
“Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun bvruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.”
“Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat send1ri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.”
“Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tvlis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tvlis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.”
“Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya send1ri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.”
“Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Raj1n dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akh1r4t untuk orang malas.”
“Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.”
“Jangan kedekvt dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.”
“Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju bvruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya b0doh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.”
“Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. akh1r4t selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.”
“Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak raj1n. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akh1r4t. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..” – ebitlew
Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew
1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka bvruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka bvruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang h1na atau 4ibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada d4g!ngnya. Sebaik-baik orang pasti ada bvruknya. Sebvruk-bvruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam bvruk orang, itulah akhlak. Carilah bvruk dalam kebaikan d1ri send1ri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana d1ri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengh4rapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengh4rapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
Sumber : Facebook Ebit Lew