Achey Mohon Panjat Doa .” Keadaan Sekarang Mak Saya Sangat-Sangat Tak Baik…”

 

Achey Mohon Panjat Doa .” Keadaan Sekarang Mak Saya Sangat-Sangat Tak Baik…”

Kisah mengenai pesakit Covid-19 seakan-akan satu episod hitam buat ramai orang kerana kadar jangkitan yang dilihat semakin tinggi saban hari.

Begitu juga buat pelawak tanah air, Achey yang bimbang akan keadaan ibunya di Hospital Segamat selepas dijangkiti virus itu pada tahap 3.

Menurut Achey ibunya kini sudah dimasukkan antibiotik selama 14 hari oleh doktor di hospital tersebut.

“Mana-mana yang dapatkan vaksin tu, dapatkan vaksin”

Menerusi Instagram (IG) live yang dibuatnya malam tadi, Achey sempat meminta orang ramai untuk mendapatkan vaksin secepat mungkin, serta mematuhi SOP yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak ini.

Achey juga sempat menjelaskan kekeliruan mengenai kesihatan ibunya yang disarankan untuk tidur secara meniarap oleh doktor dan bukan ditidurkan.

“Selitkan doa untuk mak saya”
Awal pagi tadi, Achey sempat memuatnaik satu posting baru memohon diselitkan doa buat ibundanya yang dikatakan berada dalam keadaan yang tidak baik.

Selain ibunya, adik ipar serta anak saudaranya berusia 2 tahun turut disahkan positif virus itu.

Sumber: Instagram @acheykintangkintung

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih