“Bukan waktu yang sesuai” – Nafi wajah baby tular, pengurus minta ruang Shuib uruskan pengebumian Siti Sarah
Kelahiran bayi keempat Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah telah mendapat perhatian ramai selepas bayi tersebut dilahirkan secara pembedahan Jumaat lalu.
Sejak pagi tadi, tular di media sosial wajah seorang bayi yang dikatakan cahaya mata baru Shuib.
Bagaimanapun desas-desus tersebut telah dinafikan oleh pengurus Allahyarhamah Siti Sarah sendiri, Nana Mohamad Rom selain meminta ramai pihak untuk tidak berkongsikan foto bayi tersebut.
“Jaga sensitiviti keluarga Shuib”
Nana turut menjelaskan bahawa Ayash Affan kini diletakkan di dalam inkubator di hospital dan masih belum pulang ke rumah.
Nana turut meminta supaya Shuib diberikan ruang untuk menguruskan pengebumian isterinya yang meninggal pada awal pagi tadi.
ADVERTISEMENT
Dia juga yakin apabila tiba masanya nanti, Shuib akan berkongsikan juga gambar putera keempatnya itu bersama peminat.
Selain itu Nana turut meminta supaya penyebaran foto itu dihentikan dan memohon orang ramai untuk menghormati keluarga Shuib.
Berita kematian isteri dan ibu tercinta dalam keadaan mengejut sudah pasti memberi kesan yang mendalam buat seluruh ahli keluarga selebriti tersebut.
Sumber HarianMetro