Ebit Lew Sebarkan Kebaikan, Netizen Janganlah Jadi Batu Ap1

 

Siapa yang tidak mengenali Ebit Lew, seorang pendakwah terkenal. Sifat pemurah beliau dalam membantu orang ramai dan masyarakat sangat dihargai.

Dalam seminggu ada sahaja kerja kerja membantu orang ramai yang dimuat naik oleh Penceramah tersebut di Media sosial miliknya.

Namun yang menjadi isu setiap kali beliau memuat naik kerja kerja amalnya di media sosial ada segelintir netizen yang akan mengh3ntam pihak pihak berwajib, seperti Pusat Zakat, Baitulmal, Masjid, NGO, Adun atau YB malah ketua-ketua kampung juga tidak terkecuali menjadi tempat segelintir netizen melepaskan perasaan.

Apa yang Ebit Lew lakukan tidak salah, janganlah kita pandai pandai menjatuhkan hu.kum salah kepada sesuatu yang tidak. Kebaikan tidak semestinya dilakukan secara bersembunyi ia juga boleh dilakukan secara terang terangan, dan kita juga digalakkan untuk menghebahkannya.

Sebenarnya pihak pihak lain juga melakukan tugas masing-masing untuk membantu orang ramai. Malah apa yang dilakukan oleh pusat zakat untuk membantu golongan asnaf yang terkesan sangat banyak, mungkin ramai yang tidak peka atau mungkin hebahan mengenai bantuan yang diberikan ini tidak meluas.

Tidak salah memuji, tapi janganlah sampai meng.eji hingga boleh menimbulkan permu.suh.an antara kita dalam masyarakat. Semoga kita lebih berhati hati dalam memberikan komen kerana bimbang boleh menimbulkan f1tnah.

Semoga Ebit Lew meneruskan kerja kerja murni ini dengan membantu orang ramai serta masyarakat yang memerlukan.

Diharapkan juga pihak pihak berwajib yang diamanahkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang susah lebih ke hadapan dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan.

Dalam perkembangan yang berkaitan dalam masa satu minggu Ebit Lew telah memberikan bantuan kepada beberapa buah hospital. Sebelum ini pada hari Jumaat beliau telah membina Rumah Kasih Umat untuk pesakit kanser kanak kanak sebagai transit secara percuma ketika hadir untuk rawatan di Hospital Kuala Lumpur HKL.

Pada hari Sabtu beliau telah menghadiahkan pula sebuah bas untuk kegunaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Selepas itu semalam pada hari selasa beliau telah menghadiahkan pula dua buah kontena sejuk beku untuk Hospital di Kedah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, sila kongsi dan berikan komen untuk membantu kami menambah baik halaman ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen yang tidak sopan dan menghina.

Sumber Facebook Ebit Lew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.