Seperti Kejadian Yang Berlaku Kepada Arwah Siti Sarah , Keluarga Ini Mengalami Perkara Yang Sama , Suaminya Terduduk Melihat Jen3zah Isterinya Yang C+ Telah Pergi Selepas Melah1rkan Anak Mereka .

 

Seperti Kejadian Yang Berlaku Kepada Arwah Siti Sarah , Keluarga Ini Mengalami Perkara Yang Sama , Suaminya Terduduk Melihat Jen3zah Isterinya Yang C+ Telah Pergi Selepas Melah1rkan Anak Mereka .

Setiap hari kita mendengarkan khabar duka tentang kematian disebabkan jangkitan Covid-19. Satu demi satu ‘tewas’ dan ia sememang satu perkara yang sangat menyedihkan buat ahli keluarga.

‘Tragedi’ sama seperti selebriti terkenal
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @elleeze_zaid, dia telah memuat naik video majlis pengebumian kenalannya yang meninggal dunia beberapa minggu setelah melahirkan anak secara pembedahan.

Kisah wanita yang meninggal dunia itu persis tragedi yang menimpa penyanyi terkenal Tanah Air, allahyarham Siti Sarah Raissuddin

Suami menangis tersedu-sedu ditenangkan anak sulung
Dalam pada itu, menerusi Instagram individu yang sama, dia telah memuat naik video suami kepada kenalannya yang dikenali sebagai Norieszah Ishak menangis disamping anak sulungnya dalam keadaan tersedu-sedu melihat isteri tercinta dikebumikan.

Lahirkan anak dalam kandungan secara czer
Dalam perkongsian tersebut, @elleeze_zaid memberitahu yang kenalannya itu telah bersalin awal secara czer pada tiga minggu lepas bagi menyelamatkannya.

Namun, kadar oksigen semakin menurun dan meninggal dunia sebelum dapat menatap bayinya yang dilahirkan pada usia 7 bulan.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Instagram dan TikTok yang memuat naik momen sedih itu telah dihujani dengan ucapan takziah buat ahli keluarga allahyarham Norieszah Ishak.

Masing-masing mendoakan agar insan yang ditinggalkan terutamanya suami dan anak-anak yang masih kecil kuat serta tabah menerima takdir daripada Allah S.W.T.

Sumber: Instagram elleeze_zaid, TikTok @elleeze_zaid

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak  bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih