Tular foto anak2 muda usung replika mayat, penggali kubur ajak bantu urus jenazah

 


Semalam telah berlaku satu demonstrasi melibatkan peserta-peserta yang turun dengan slogan ‘undur’ dan ‘lawan’ kerana berasa tidak setuju dengan pentadbiran kerajaan sekarang.

Kebanyakkan yang menyertai perarakan yang berlangsung di ibu kota itu adalah dari golongan muda dan pelbagai bangsa.

Usung replika jenazah ketika demonstrasi

Dapat dilihat gambar-gambar yang tular di media sosial apabila sebahagian besar mereka membawa sepanduk dan bendera hitam sebagai simbolik kepada penentangan.

Namun, paling mencuri tumpuan sudah tentu replika mayat yang diusung oleh mereka membawa erti kes kematian yang sudah mencecah ribuan orang sejak pandemik Covid-19 menular di negara.

ADVERTISEMENT

Minta bantu gali kubur

Melihat daripada ‘kesungguhan’ mereka membawa replika jenazah sebagai tanda protes, seorang penggali kubur dikenali sebagai Megat Mohd Zaid telah mempelawa anak-anak muda tersebut untuk menyertainya membuat liang lahad untuk tujuan mengebumikan jenazah.

ADVERTISEMENT

Tak menang tangan urus jenazah

Menurutnya, hampir setiap hari dia dan teamnya perlu menggali kubur memandangkan tiga hingga lima jenazah bakal disemadikan sehingga tidak menang tangan untuk mengendalikannya.

Jadi, dia mengajak mereka untuk turut sama menolong para penggali kubur bagi membantu urusan pengebumian jenazah setiap hari supaya ada perkara lebih bermanfaat untuk dilakukan.

ADVERTISEMENT

 

ADVERTISEMENT

Di akhir perkongsian tersebut, Megat Mohd Zaid meminta orang ramai tidak terus melanggar apa yang dilarang kerana ia adalah contoh kegagalan untuk diri sendiri.

Perkongsiannya telah mendapat perhatian ramai dan pelbagai maklum balas diterima di Facebook. Rata-rata menyuarakan rasa setuju dengan apa yang ditulis dan berharap agar mereka yang menyertai perhimpunan seperti itu sedar bahawa risiko penularan yang boleh berlaku disebabkan demostrasi seperti tempoh hari.

Sumber: Facebook Megat Mohd Zaid