Ustaz Ebit Liew Segera Teruskan Misi Bantuan Ke Yan, Kedah Walaupun Banyak Ujian Datang Dan Sentiasa Sibuk
Ustaz Ebit Liew Segera Teruskan Misi Bantuan Ke Yan, Kedah Walaupun Banyak Ujian Datang Dan Sentiasa Sibuk
PETALING JAYA – Selepas dilanda beberapa kontroversi semalam, namun itu semua tidak menjadi penghalang untuk pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew untuk meneruskan misi bantuan dan ziarah menyantuni orang ramai.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Facebook, Ebit memaklumkan hari ini beliau bersama pasukannya telah ke Yan, Kedah dengan membawa tilam dan barang makanan.
Menurut Ebit, beliau sebak melihat mangsa di pusat operasi menyelamat yang mempunyai kira-kira 300 orang mangsa.
“Tadi berjumpa Ketua Pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Rescue Bencana Malaysia, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang dari awal membantu.
“Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu, sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga ada cakap semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam,” kata Ebit di laman Facebook sebentar tadi.
Menurut Ebit, ramai mangsa hanya sempat selamatkan diri sahaja, perabot dan barang elektrik semua habis.
“Sedih lihat mereka, berat ujian petugas bertungkus-lumus mencari mangsa banjir, belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka.
“Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini, semoga menjadi asbab kebaikan,” kata Ebit.-K! ONLINE.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Majalah Sinar Ya. Terima Kasih
PERHATIAN: Pihak MajalahSinar tidak bertanggungjawab ke atas komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Terima Kasih