“Dia Lafaz Syahadah Lalui Telef0n,” – PU Azman Bongkar Suasana Hening Bila Dapat Tahu W4nita Men1nggl Bersama Anak Dalam Perut Selepas 4 T4hun Pelok Islam


Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berkongsi khabar duka apabila memaklumkan wanita yang pernah dibantunya satu ketika dahulu untuk memeluk agama Islam telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Sabah pada Ahad.

Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, selama empat tahun selepas mengucapkan syahadah, dia antara individu yang memberikan tunjuk ajar kepada wanita tersebut mengenai ilmu agama.

“4 tahun lalu, ada seorang gadis Sabah text Cik Man menyatakan mahu masuk Islam. Disebabkan kejauhan, dia mengucapkan syahadah melalui panggilan telefon dengan cikman.

“Tini namanya. Namanya selepas syahadah ialah Nur Zulaikha. Dari jauh, cik man ikuti perkembangannya dan bantu tentang Islam. Dan alhamdulillah, dia akhirnya bernikah.

“Semalam, Tini text cik man. Tapi rupanya bukan Tini. Rupanya suami dia beritahu bahawa Tini dah tak ader lagi. Tini sudah meningg.al dunia,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan sendiri oleh Cik Man menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Tambah memilukan apabila wanita tersebut dilaporkan meningga.l dunia bersama kandungannya yang telah pun berusia lima bulan.

Katanya lagi, khabar duka itu sememangnya sukar untuk diterima lebih-lebih lagi buat suami kepada wanita tersebut.

“Sedih, terkejut dan tak boleh nak cakap apa. Tini pergi ketika berusia 24 tahun bersama kandungan pertamanya lima bulan.

“Ketika suaminya menangis saat meluahkan, aku pun tak dapat menyeka air mata. Mengenangkan persahabatan jarak jauh ini.

“Aku menyaksikan, Tini seorang wanita dan isteri yang solehah. Tini, semoga kau tenang di sana dan semoga Allah memberi ganjaran ketabahan kepada suamimu _qibil.

“Dalam hidup ini, kadang terjadi perkenalan yang tak pernah bertemu hingga hujung waktu,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut mendoakan semoga wanita berkenaan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Allahuakbar, Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga dipertemukan semula di syurga yang kekal bersama yang tersayang. Amin.

“Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Semoga tenang bersama penciptanya.

“Sedih pula baca kisahnya. Innalillahiwainnailaihirojiun.

“Takziah buat keluarga. Semoga suaminya terus kuat dan tabah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram PU Azman via mh