Keadaan Terkini Pelakon Haeriyanto Hassan, “Saya Dah Dapat Rasa Ada Sesuatu Tak Kena’, Mohon Doakan”
” Beliau kemungkinan perlu menjalani pembed4han serta merta di HKL pada bila2 masa..Mohon doa daripada semua..”
Itu status dimuat naik penyanyi, Oja di Instagram beliau bagi berkongsi keadaan abang iparnya yang juga pelakon drama popular Haeriyanto Hassan. Menurut Oja, Haeriyanto dikejarkan ke Hspital Ampang (HA), Selangor, pagi semalam selepas mengalami ser4ngan angin ahmar ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri tidak boleh bergerak.
Oja yang juga merupakan finalis Gegar Vaganza untuk musim ketujuh (GV7) ketika dihubungi berkata, pemeriksaan doktor mendapati ada dar4h beku bersaiz tiga sentimeter pada bahagian kanan kepalanya. Tambah Oja, sepatutnya Haeriyanto perlu dibawa ke Hspital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembed4han, tetapi doktor di HA mahu memantau keadaan kesihatannya terlebih dulu.
” Ketika kakak hubungi saya pagi semalam memang sudah dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena sebab dia akan hubungi kalau ada perkara penting. Kakak minta saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan abang ipar yang tidak boleh bergerak di ruang tamu memandangkan jarak rumah kami berdua tidak sampai 10 kilometer.
” Bagaimanapun saya tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat. Saya minta kakak hubungi adik iparnya Dasira Hassan untuk menghubungi ambulans. Selepas mendapati bacaan tekanan d4rah terlalu tinggi iaitu 211/131, paramedik membawa abang ipar ke hspital untuk tindakan susulan.
” Dia mengesyaki suaminya diserang angin ahmar apabila menunjukkan simptom iaitu sukar mengangkat tangan kiri selepas diminta. Malah, kakak beritahu, butiran percakapan suami sukar difahami. Panik dengan keadaan itu, dia meminta saya hubungi ambulans.
Menurut Oja atau nama sebenarnya Daninaz Huza Daud, selama ini abang iparnya itu sihat dan tidak pernah d4rah tinggi namun beberapa hari sebelum kejadian dia sering mengadu sak1t kepala. ” Walaupun diser4ng angin ahmar, abang masih boleh berkomunikasi dengan kakak. Kata doktor, biasanya orang terkena angin ahmar akan pe.ngsan. Mungkin semangatnya kuat.
Mohon doa ramai
Percaya dengan kuasa doa, Dasira mengharapkan semua pihak mendoakan agar kesihatan Haerieyanto yang juga pelakon drama bersiri Kampung People 2, segera pulih. ” Setakat ini bacaan d4rah semakin menurun. Saya juga dimaklumkan hari ini doktor akan beritahu sama ada abang Haeriyanto akan menjalani pembed4han atau tidak.
” Kita sama-sama berdoa agar abang kuat dan kembali sihat. Jika ada sebarang perkembangan lain saya akan maklumkan daripada semasa ke semasa,” katanya. Dalam situasi sekarang, hanya doa anda semua sahaja yang kami harapkan.
” Abang ipar masih terikat dengan beberapa projek lakonan dan dengan keadaan kesihatannya itu, saya berharap syarikat produksi dapat memahami situasinya,” katanya. Sementara itu, Oja melalui entri di Instagram Story (IGs) turut meminta peminat mendoakan agar abang iparnya segera sembuh.
Oja turut memaklumkan Haerieyanto perlu menjalani pembedahan segera akibat d4rah beku dalam kepala. Untuk info, Haeriyanto Hassan adalah pelakon lelaki kelahiran Singapura. Beliau mula popular menerusi drama bersiri Mat Despatch pada tahun 1998 arahan Rashid Sibir.
Sejak itu, Haeriyanto berlakon puluhan drama tempatan seperti Lagenda Budak Setan, Setia Hujung Nyawa, Kampung People dan Derita Untuk Bahagia. Selain aktif berlakon drama, Haeriyantjuga pernah membintangi filem antaranya Embun, Malaikat di Jendela, Chermin dan Kapsul (filem bio Tun Dr. M).
Sementara Oja pula merupakan seorang penyanyi Malaysia yang popular sekitar 1990an dengan lagu Dasira dan Maafkanku Ibu. Beliau merupakan vokalis Tunable Band yang turut dianggotai oleh dua orang bekas anggota kumpulan Spoon, iaitu Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin (pemain dram).
Kumpulan ini ditubuhkan secara tidak sengaja selepas Oja menjadi penyanyi ganti Spoon sewaktu membuat persembahan di Gegar Vaganza musim pertama. Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun, Oja terlibat dalam drama pertamanya iaitu Alahai Anak Omak pada tahun 1989.
Beliau bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995). Ramai dalam kalangan ahli keluarganya juga merupakan anak seni. Anak kepada penyanyi Nas Atea dan anak saudara kepada penyanyi Mastura Ismail, yang cukup dikenali umum menerusi lagu-lagu loghat Negeri Sembilan seperti Apo Kono Eh Jang, Alahai Anak Omak dan Apo Nak Buek Jang.
Sumber:hmetr0
