Ksakitan adik Zil brakhir, ” Hanya 1 thn 4 bln Allah pinjam buat keluarga ”


Penderit4an yang dialami oleh adik Zil selama 1 tahun 4 bulan turut terhenti, Adik Zil dikatakan lebih lama menghuni wad nicu h0spital dari tinggal bersama keluarganya.

Bayi sekecil ini terpaksa berpisah dengan ibunya disebabkan mempunyai masalah kesihatan sewaktu dilahirkan,J4ntungnya dan paru² nya mempunyai masalah serta dikesan mempunyai saluran pernafasan yang sempit.

Allah tidak mahu melihat adik Zil terus menderita, Adik Muhammad Zil Qayyim Bin Shahrizal akhirnya dipanggil pulang pada 12.03 tengah hari tadi.

Sebak luahan ayah adik Zil ” Bismillahirahmanirahim , Assalamualaikum, Perginya anak syurga(MUHAMMAD ZIL QAYYIM BIN SHAHRIZAL) telah kembali menemui sang penciptanya tepat jam 12:10PM 15/02/2022.

Setelah berjuang dalam pelbagai komplikasi peny4kit yang dihidapinya selama hampir setahun , tenang lah ,damailah bermain lah ditaman syurga ALLAH .

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangimu, Dan ribuan terima kasih diucapkan kepada UKVJ yang telah menguruskan jen4zah anak saya dengan sangat sopan , tertib.Al-Fatihah- Harry.

Dalam pada itu hasrat si ibu Puan Sal melihat bayinya pulih dan membesar seperti kanak kanak lain tidak kesampaian, Adik Zil kini pergi menyambut seruan ilahi.

Perginya untuk menjadi penghuni syurga,Terfikir sejenak selepas melihat reaksi si ibu tadi, Entah bagaimana jika saya yang berada ditempat si ibu, Pasti saya juga akan menangis sepuas puasnya.

Melihat si ibu memeluk anaknya dalam keadaan sedih sudah membuatkan hati saya terusik,Hampir² juga airmata jantan yang ada jatuh.

Pengurusan mandi dan kafan buat adik Zil telah kami bantu sempurnakan, Jen4zahnya selamat disemadikan sebentar tadi ditanah perkuburan islam Selat Klang.

Percayalah wahai ibu, Perpisahan ini hanyalah sementara buat kamu dan suami, Sinar syurga sudah menanti buat kalian berdua,Yakini bahawa kalian pasti berkumpul semula bila sampai waktunya.

Salurkan sumbangan anda agar lebih banyak anak syurga seperti adik Ril dapat kami bantu, 8603746447 CIMB BANK PERTUBUHAN UKHUWAH KEBAJIKAN VAN JELATA SELANGOR. Credit Mr Wan Cai Official.