Pelajar Utem mautt kmalangan,” Kerja sambilan Food Panda niat utk beli kereta buat keluarga ”
Hasrat seorang penghantar makanan ingin mengumpul duit membelikan ibu dan ayahnya sebuah kereta tidak kesampaian apabila m4ut dalam n4has di bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, m4ngsa, Jannahtul Firdaus Jailani, 24, men1nggal dun1a di tempat kejadian selepas motosikal jenis Honda ditunggangi mel4nggar sebuah lori.
Adik m4ngsa, Jannahtul Nur Afiqah, 21, berkata, abangnya itu meluahkan hasrat tersebut pada pagi semalam apabila memberitahu ingin membeli sebuah kereta untuk digunakan oleh ibu dan ayah mereka.

Pagi semalam abang ada berbincang mengenai perancangannya nak belikan umi dan abah kereta, tidak sangka pula ini yang terjadi, katanya ketika ditemui di Jabatan F0rensik Hospital Melaka, di sini hari ini.
Sementara itu, bapanya, Jailani Md. Ali, 53, memberitahu, anaknya itu merupakan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan sedang menunggu panggilan latihan industri.

Dia baru sahaja bekerja sebagai rider dalam sebulan lebih, hari ini pun dia ada bagitahu nak berehat tetapi dalam pukul 9 pagi tadi saya nampak dia keluar, tidak tahulah nak menghantar atau ambil makanan.
Pukul 12 saya dapat panggilan daripada nombor tidak dikenali beritahu anak terlibat dalam n4has dan saya tengok gambar kem4langan di WhatsApp, plat kenderaan adalah motosikal Firdaus dan dia sudah ditutupkan dengan kain, katanya sebak.

Tambahnya, anak kedua daripada empat beradik itu juga ada memberitahu ibunya mengenai hasrat untuk mengikat tali pertunangan pada tahun ini.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa dalam perjalanan dari arah Gangsa ke Batu Berendam.

Setiba di lokasi, m4ngsa yang ingin membelok ke kanan telah melanggar bahagian tepi kanan hadapan sebuah lori yang menuju ke Taman Merdeka.
Akibat kem4langan itu, m4ngsa mengalami kecederaan p4rah di kepala dan disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian, katanya.
Katanya, m4yat telah dihantar ke Jabatan F0rensik untuk proses bed4h siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Al fatihah.
