Al fatihah buat suami ku, ” Arwah telah pergi meninggalkan saya dan anak anak ”
Seorang jurujual m4ut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan di Kilometer 26 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Bentong, di sini, semalam.
Sebak luahan rakannya ” Allahuakbar Alfatihah utk kau sahabat, Kau seorang yang sgt baik dari segala segi, Xde kau sunyi rumah sewa dlu doe.

Kawan yg sgt mengambil berat terhadap kawan2, Ayah yg baik utk anak2 nye, Suami yg baik terhadap wife nye,Tenanglah kau sahabat die sana.
Kawan2 fb sy mohon sedekahkan Al-Fatihah utk sahabat sy Muhammad Ariff Zulhilmi B Zulkepli Tenanglah sahabat ” -Azrul Haniff.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.45 pagi.
Siasatan awal mendapati ketika kejadian, m4ngsa, Muhammad Ariff Zulhilmi Zulkepli, 29, menunggang motosikal Yamaha Y15 berseorangan dari arah Gombak menghala ke Bentong.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang m4ngsa hilang kawalan sebelum terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan di sebelah kiri.
Kejadian itu menyebabkan m4ngsa terjatuh di atas lorong kiri jalan dan mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans Hospital Selayang yang tiba di lokasi kejadian, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, m4yat m4ngsa dibawa ke Jabatan Perubatan F0rensik Hospital Selayang untuk proses bedah siasat,Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyi4sat kes, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 untuk tindakan lanjut,” katanya.Al fatihah.
