Ajal Kpl Ishamcik pulang bertugas, ” Y15 langgar Vios cuai masuk simpang ”
Seorang anggota polis m4ut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kem4langan dengan sebuah kereta di persimpangan Taman Kemboja, Persiaran Kuala Kali, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, Koperal Ishamcik Abd Hamid, 40, men1nggal dunia di tempat kejadian dalam kem4langan jam 8.32 malam itu.

Kejadian dipercayai berlaku ketika m4ngsa dalam perjalanan pulang ke Bukit Sentosa selepas tamat bertugas.
M4ngsa bertugas di Cawangan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor,katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kem4langan berlaku ketika kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita disyaki cuai masuk ke simpang jalan Taman Kemboja, Pada masa sama, motosikal m4ngsa dari laluan bertentangan bertembung dengan kereta itu.
M4yat m4ngsa kemudian dihantar ke Unit F0rensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san jam 8.38 malam.
Sepasukan sembilan anggota bersama jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian, katanya. Al fatihah.Credit BH.
