“Be̷ratnya Hati Nak Pe̷rgi Ke̷rja” Se̷le̷pas Amyra Rosli Diuji Pe̷nyak1t Miste̷ri, Ini Ke̷adaan Te̷rkini Anaknya Aryssa Se̷le̷pas Masuk Hospital
Selepas kes.ihatan diri sendiri diuji gara-gara peny.akit m.isteri pada minggu lalu, emosi pelakon Amyra Rosli kembali terganggu apabila anak keduanya, Ayra Aryssa mengalami demam panas sehingga suhu badannya mencecah lebih 40 darjah Celsius.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Amyra berkongsi foto keadaan Aryssa yang kini berusia dua tahun ketika dimasukkan ke h.ospital untuk mendapatkan rawatan.
“Aryssa demam panas. Suhu badan 40 hingga 41 darjah Celsius tidak turun-turun. Sudah dua hari. Cepat sembuh anakku sayang,” tulisnya dalam Instagram.
Menerusi hantaran berbeza dalam InstagStory miliknya, pelakon drama Sang Pewaris itu turut meluahkan rasa berat hati untuk bekerja memandangkan anaknya kini berada di h.ospital.
“Beratnya hati hendak pergi kerja,” ujarnya.
Perkongsian Amyra turut mendapat perhatian dan s.impati daripada rakan-rakan selebriti apabila mereka turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan anaknya.
“Sayang. Semoga cepat sembuh supaya ibu dan ayah senang hati. Supaya boleh jumpa abang Aqeef Anaqi,” kata pelakon Nad Zainal.
“Semoga cepat sembuh si comel. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan,” tulis penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya.
“Allahuakhbar. Semoga diberikan kesembuhan pada anak yang baik ini ya Allah,” pinta pelawak Shuib.

Pada minggu lalu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30 terpaksa mengambil cuti selama beberapa hari selepas mend.erita pe.nyakit m.isteri apabila mengalami s.akit sendi seluruh b.adan, selain kakinya b.engkak dan l.ebam-l.ebam.
Amyra juga sukar untuk menggambarkan kondisi sebenarnya kondisi kes.ihatannya yang seolah-olah tidak s.akit tetapi s.akit.
Kata isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, selain mencuba perubatan homeopati, dia juga berusaha mencari penyelesaian menerusi rawatan islamik bersama seorang ustaz.
Semalam cuma sempat buat panggilan video dengan ustaz, baru hari ini dia boleh datang rumah untuk berubat.
Seperti dinasihatkan ustaz, saya sendiri pun tak ada fikir bukan-bukan atau tuju kepada sesiapa perihal s.akit ini. Cuma ustaz kata, berkemungkinan disebabkan saya jalani penggambaran di bermacam tempat seperti hutan, kawasan perkampungan dan h.ospital.
“Saya fikir positif saja, mungkin terlanggar atau terpijak sesuatu memandangkan waktu mula-mula s.akit, saya sedang datang h.aid,” kata Amyra.
Kredit : Kosmo/IG
