Berd0sa Peguam Bela Pihak Diketahui Bers4lah Dan Wang Pembayaran Yang Diterimanya Adalah Merupakan Rezeki Yang Haram, Wang H4ram Lebih Bvruk Dari Hasil Pel4cvran – Mufti Perlis
Berd0sa jika seorang peguam membela pihak diketahui bers4lah dan wang pembayaran yang diterimanya adalah merupakan rezeki yang haram. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, d0sa wang yang diambil daripada pihak yang salah itu lebih buruk daripada hasil pel4curan.
“Kerana d0sa pel4cur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara d0sa wang guaman yang batil merupakan kez4liman ke atas pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.
Beliau menjawab pertanyaan oleh beberapa peguam mengenai kerjaya mereka yang kadang-kala membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang s4lah ataupun z4lim. Mohd. Asri berkata, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengh4ramkan membela yang salah ataupun yang d0sa.
Tegasnya, kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.
“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.
“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar namun dia tetap membela kerana kepentingan dirinya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil maka dia berd0sa,” katanya.
Justeru menurut Mohd. Asri, seseorang peguam patut menilai kes-kes yang dia ambil untuk dibela. Tambahnya, peguam perlu diingatkan bahawa pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak diwakili tetapi menz4limi pihak yang ditentang.
Kez4liman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
“Jika ia membabitkan harta atau ny4wa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang diz4limi akan memburu orang yang z4lim. Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.
“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang z4lim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menz4limi pihak yang lain,” kata Mohd. Asri.-MalaysiaGazette
“Kami Peguam Yang Membantu Slti Balnun Ini Tidak Menerima Sebarang Bayaran Pun..”- Peguam
PERBICARAAN kes membabitkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dituduh mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella menarik perhatian ramai. Saban hari warganet mengikuti dan membincangkan secara terperinci tentang perkembangan kes berkenaan daripada pelbagai sudut berdasarkan laporan media.
Tidak terkecuali menceritakan tentang prosiding yang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur itu ialah salah seorang peguam pasukan pembelaan Siti Bainun iaitu Nurul Hafidzah Hassan. Menerusi Twitter, Nurul Hafidzah berkongsi transkrip cross examination atau soal balas pihak peguam Siti Bainun.
Ciapan Twitter beserta gambar berkumpulan bersama Siti Bainun undang kec4man netizen. Namun netizen memandang daripada sudut berbeza apabila foto barisan peguam bergambar dengan Siti Bainun yang dikongsikan Nurul Hafidzah bagi mengiringi rantaian ciapannya lebih menarik minat mereka.
Secara khususnya ia terarah kepada keceriaan peguam dengan ada antara mereka yang menunjukkan simbol tangan ‘mini love’ dan ‘peace‘. Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan foto berkenaan dan mula mempertikaikan tahap profesionalisme barisan peguam.
“Saya faham tugas peguam. Wakili client, abaikan pendirian peribadi. Tapi kalau sampai pose bergambar dengan alleged abuser siap simbol mini love and peace, tak tau nak cakap apa.
“Seorang remaja did3ra dan anda dengan bangganya menyiarkan gambar dengan pend3ra?
“Saya tahu anda menjalankan tugas tetapi untuk menyiarkan gambar ini bersama-sama dengan thread adalah sangat tidak perlu. Menjijikkan!” tulis netizen.
Justeru Nurul Hafidzah ketika dihubungi mStar menjelaskan tentang hal berkenaan agar masyarakat tidak terkeliru dengan isu yang menjadi pertikaian di media sosial.

Cross examination ni dibuat di mahkamah terbuka yang mana orang ramai boleh lihat. Tapi apa yang terjadi adalah, ia didedahkan separuh-separuh supaya nampak j4hat sangat Siti Bainun ni.
“Sedangkan soalan-soalan balas yang ditanyakan tidak pula ditulis. Jadi saya ambil tanggungjawab ini dan semestinya saya sudah bertanyakan kebenaran mahkamah dari pasukan saya untuk berkongsi.
“Media boleh cakap apa yang berlaku semasa cross examination tu… tapi (orang ramai) kena tahu ada banyak lagi soalan balas yang ada dan jawapan jawapan seterusnya,” ujarnya.
“Tak menjadi kesalahan apabila peguam mengambil gambar dengan anak guam. Tak ada masalah, malah kita tak terikat dengan etika yang mengatakan tidak boleh bergambar dengan OKT (orang kena tuduh).
“Ia adalah perkara yang tidak sepatutnya dijadikan isu,” katanya.
Ditanya sekiranya mereka dibayar dengan sejumlah wang bagi membela Siti Bainun, Nur Hafidzah menjelaskan dia tidak menerima sebarang bayaran.
“Saya bersetuju untuk membantu kes ini selepas meneliti dokumen yang ada. Malah kami barisan peguam yang membantu ini tidak menerima sebarang bayaran,” jelasnya.
Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom down dikenali sebagai Bella yang mengalami kec3deraan fizikal serta emosi.
Sumber: MalaysiaGazette/ figuraku.com via https://bulletin50times.com/
