Dua sahabat ajaal bersama, ” Motosikal dinaiki Izhar Iskandar & Wan Ezremy langgar treler balak ”
Dua rakan m4ut selepas motosikal dinaiki mereka mel4nggar sebuah treler diletakkan di bahu jalan berhampiran sebuah kilang papan di Jalan Gambang, di sini, hari ini.
Penunggang, Mohamad Izhar Iskandar Mohamad Pazelong dan pembonceng, Wan Ezremy Shaqir Wan Erman Shafri, masing-masing berusia 18 tahun men1nggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati penunggang motosikal dari arah Gambang menghala ke arah Kuantan.

Setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang Mohamad Izhar Iskandar dipercayai hilang kawalan lalu melanggar treler yang berada di bahu jalan.

Akibat kem4langan itu, penunggang dan pembonceng disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian.

M4yat kedua-dua m4ngsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bed4h siasat, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah.
