Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Najib Ali maut kemalangan
Seorang pendakwah bebas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yg ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kompleks Operasi PETRONAS Kemaman, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Najib Ali@Awang, 52, yg parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa menunggang motosikal ke Kerteh.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu seorang wanita berusia 46 tahun dari arah bertentangan membuat pusingan U secara mengejut.



“Mohd Najib gagal membrek & mengelak, sebelum merempuh kereta terbabit.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 20 meter sebelum disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.
Hanyan berkata, pemandu kereta cedera di leher.
“Mangsa yg cedera dihantar ke Hospital Kemaman utk rawatan lanjut, sementara mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama.
“Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Semoga Bermanfaat
