Selamat jalan anak ku , “Tak sangka Amirul meninggal malam pertama ramadan ”


Pemandu dan penumpang Toyota Vios m4ut selepas mel4nggar pokok di Jalan Kluang di Sri Lalang, di sini dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam tadi.

Kedua-dua m4ngsa, Amirul Aiman Hakim Jaafar, 23, dan Fazrina Ahmad, 40an dipercayai dalam perjalanan dari Ayer Hitam ke Kluang sebelum terbabit dalam kem4langan itu.

Mereka disahkan men1nggal dunia di tempat kejadian ekoran mengalami beberapa kecederaan setelah kender4an itu turut terbalik di bahu jalan.

Menurut bapa salah seorang m4ngsa, Jaafar Muda, 50, anaknya Allahyarham Amirul Aiman menjadi pembantu kepada wanita berkenaan yang berniaga pakaian secara kecil-kecilan.

Katanya, dia tidak pasti siapa yang menjadi pemandu kenderaan itu kerana anaknya tidak mempunyai lesen memandu.

Saya terima panggilan kira-kira 12.30 tengah malam daripada adik ipar dan kami memang terkejut dan sedih tetapi saya pujuk hati dan keluarga terutama isteri supaya bersabar dan reda dengan ketentuan ini,katanya ketika ditemui di Unit Forensik H0spital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Kata Jaafar, dia tidak menyangka keterujaan mereka sekeluarga pulang ke kampung ibu mertuanya di Parit Yusof, Muar bagi menyambut 1 Ramadan bertukar menjadi hari menyedihkan.

Anak sulung saya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap selepas kali terakhir bertemu pada Khamis lalu. Adik-adiknya pun kata abang mereka berkelakuan seperti biasa tetapi paling sedih sudah tentu emaknya yang lembik apabila dapat berita ini, ujarnya.

Katanya, jen4zah anaknya itu akan dikebumikan selepas solat Asar ini di Tanah Perkuburan Islam Felda Kahang Barat, sementara jenazah Fazrina selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu di sini selepas Zohor tadi.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Zaidi Tumiran berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecem4san kemalangan jalan raya melalui talian MERS999 pada 11.02 malam.

Sebuah jentera FRT dan EMRS dari BBP Kluang dengan kekuatan seramai sembilan anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

Terdapat dua m4ngsa berada dalam kereta, namun mereka tidak tersepit tetapi telah disahkan men1nggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan, M4ngsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya, katanya. Al fatihah.