Bby Danish tak sedarkan diri dirumah pengasuh, ” Disahkan meninggal dunia ketika dirawat ”
Seorang bayi lelaki Danish Mikael berusia 11 bulan ditemui tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Sungai Ramal Kajang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang memaklumkan mengenai insiden tersebut.

Ibu m4ngsa telah membawa anaknya itu ke hospital berkenaan, Bed4h siasat telah dijalankan pada hari ini, keputusannya adalah ‘pending l4boratory analysis’ (punca kem4tian masih menunggu analisa makmal),katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohd Zaid berkata, pihaknya telah merakam keterangan pengasuh berkenaan bagi membantu siasatan.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan, Siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian kanak-kanak tersebut,Kes disiasat di bawah Sekyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, katanya.
Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang ada maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai terdekat atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.

Semoga keluarga arw4h tabah kehilangan anak tersayang dan didoakan moga dipermudahkan urusan keluarga untuk mengetahui punca sebenar kem4tian mengejut anak tersayang.
Al fatihah.Jen4zah baby Danish Mikael selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungal Ramal Kajang .Al fatihah.
