Harga barang Dijangkakan Naik Lepas Raya, Ini Perkara Penting kita Wajib Bersedia
Harga barang Dijangkakan Naik Lepas Raya, Ini Perkara Penting kita Wajib Bersedia
The Malaysian Insight melaporkan bahawa peniaga dan pengilang menjangkakan harga makanan, pakaian dan barang keperluan lain dijangka naik 10 hingga 15% selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Malah Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata kenaikan ini tidak dapat dielakkan susulan kekurangan bahan mentah dan pelbagai faktor global.
“Kami menjangkakan semua akan naik harga selepas Hari Raya. Pasaran biasanya kembali normal selepas cuti raya akibat jualan yang perlahan, tetapi tahun ini berbeza kerana banyak industri kekurangan pekerja serta peningkatan kos pengangkutan dan bahan mentah,”
Sementara itu, Presiden Persekutuan Fesyen, Tekstil dan Pakaian Malaysia (FMFTA) Tan Thian Poh berkata harga pakaian juga akan naik susulan peruncit dan pengilang terpaksa menaikkan harga akibat tekanan kos operasi.
“Kami naikkan harga bukan untuk dapatkan untung tetapi kami terpaksa menanggung peningkatan kos, harga kapas, poliester, bahan api dan pengangkutan. Semua ini menyebabkan banyak kilang berskala kecil terpaksa tutup kerana tidak mampu bertahan.
“Kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 ke RM1,500 bermakna kenaikan sebanyak 25%. Semua pihak mengabaikan hakikat bahawa kenaikan ini juga bersamaan 36% di Pantai Timur, yang sudah pasti meningkatkan kos perniagaan sebanyak 36%,” Tan memberitahu The Malaysian Insight.
Tambah beliau, ringgit yang lemah juga mendorong perniagaan meningkatkan kos operasi sebanyak 30% hingga 40% sepanjang tahun lalu. “Jadi selepas raya nanti harga pakaian pasti naik, tak boleh elak.”
Menurut Tan, 20 hingga 30% pakaian dan tekstil tempatan dibekalkan oleh pengeluar tempatan, manakala selebihnya diimport. Kilang-kilang tempatan katanya mengalami masalah tenaga kerja ekoran kekuragan pekerja asing.
“Banyak pengilang sukar untuk memenuhi pesanan kerana kapasiti tenaga kerja cuma 50% sahaja,” Jawatankuasa PKS Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), pengerusinya Koong Lin Loong pula berkata pandemik Covid-19 telah menyebabkan kos pengangkutan naik mendadak.
Dibu.rukkan lagi dengan pelaksanaan perintah berkurung di Shanghai, peniaga katanya menyelaraskan harga komoditi berdasarkan kenaikan kos pengangkutan. Koong turut meramalkan harga barangan keperluan seperti beras, minyak, garam dan teh serta makanan, pakaian, dan perumahan naik lebih 15%.
