Imam Muda Dipanáh Pɛtir Ketika Imamkan Solat Tarawih Pada Malam 27 Ramadan


Betul atau tidak? Cerita benar atau sekadar rekaan semata?

Pernah hangat di media sosial orang ramai memperdɛbatkan cerita pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani bahawa dirinya pernah dipanah pɛtir.

Dusuki memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat tarawih, pada malam 27 Ramadan.

Selepas itulah ramai netizen mempertikaikan ceritanya. Sebahagian besarnya tidak percaya. Kata mereka, kalau kena pɛtir, jika tidak m4ti pun, tentulah cedɛra par4h. Tidak l0gik langsung yang dip4nah pɛtir itu boleh bangun semula dan meneruskan solat.

Ada juga netizen yang membandingkan cerita Dusuki tadi dengan kejadian 18 ekor gajah m4ti dipercayai disambar petir, di India. Gajah pun m4ti, inikan pula manusia. Paling banyak ialah troll gambar Dusuki berkostum superhero, dengan kapsyen pɛtir pun tidak mampu mencɛderakan beliau.

Ringkasnya, perkongsian cerita Dusuki itu menjadi jenaka yang amat kelakar kepada netizen. Situasi ini tidaklah pɛlik buat Dusuki. Ini ada kaitannya dengan penglibatan beliau di dalam kepimpinan tertinggi Pas, yang ketika itu menjadi bahan sind1ran dan jenaka netizen, lantaran prestasi, tindakan serta komen-komen para pemimpinnya sejak menjadi kerajaan persekutuan, dilihat cakap tak serupa bikin, ret0rik dan lucu.

Semua itu saling berkait dan berunsur p0litik. Apatah lagi, Dusuki sebelum ini dikatakan pernah menyebarkan hadis dan cerita-cerita yang dipertikaikan kesahihannya, mendoakan keburvkan kepada musvh politik serta solat tahajud secara Live di Facebook sambil menyertakan nombor akaun untuk didepositkan wang sumbangan.

Dengan latar belakang itu, memang logiklah cerita Dusuki itu dipertikaikan.

Kisahnya begini…

Seorang pemuda dari Jerantut telah dihubungi untuk menceritakan satu kejadian anɛh yang berlaku di kampungnya pada malam 27 Ramadan tahun 2007. Kata pemanggil yang bernama Shamsudin itu, kejadian tersebut berlaku di surau Kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang dan dia menyaksikannya dengan mata kepala sendiri.

Ceritanya begini. Pada malam tersebut, sekitar 50 penduduk kampung berada di surau untuk menunaikan solat sunat tarawih. Ketika itu hujan renyai-renyai. Surau yang berdinding kayu tersebut bising sedikit dengan bunyi titisan halus air hujan yang jatuh ke bumbung zinknya.

Malam itu seorang anak muda yang berasal dari kampung tersebut telah dijemput menjadi imam solat sunat tarawih. Imam muda itu pula sebenarnya tinggal di Klang, Selangor, tetapi baru pulang ke kampung bapanya itu untuk menghabiskan hari-hari akhir bulan Ramadan bersama keluarga.

Menurut Shamsudin, peristiwa anɛh ini berlaku ketika jemaah memasuki rakaat keempat solat tarawih tersebut. Ketika imam muda khusyuk membacakan surah di rakaat keempat, tiba-tiba…

TTTUUUMMMM!!!!!!!!

Kedengaran satu dɛntuman yang kuat dan dengan sekelip mata sekilauan api berwarna kebiruan masuk melalui tingkap surau lalu menyambar imam yang sedang membaca ayat suci al-Quran selepas menyudahkan al-Fatihah.

Imam muda itu terpelanting ke belakang sambil bertakbir ‘ALLAHU AKBAR’ sekuat hati. Dua ahli jemaah di belakangnya turut terpel4nting sama.

Serentak dengan itu juga, bekalan elektrik terpvtus. Surau menjadi gɛlap. Suasana menjadi kec0h. Riuh satu surau, imam disambar pɛtir. Solat tarawih dihentikan. Para jemaah mengerumuni imam muda ini dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah.

Beberapa orang jemaah mengurut badannya. Shamsudin yang turut berada di situ memicit-micit kaki dan tangan imam muda.

“Saya macam tak percaya imam muda itu dis4mbar pɛtir. Tapi semua jemaah yang ada dalam surau malam itu dengar dan nampak dengan jelas bunyi dɛntuman pɛtir serta api meny4mbar melalui tingkap,” terang Shamsudin melalui telefon.

Para jemaah memeriksa nadi imam muda yang masih terbaring di lantai. Mereka bimbang imam yang dihormati itu meningg4l dunia kerana amat jarang orang yang selamat selepas dip4nah pɛtir. Lazimnya, anggota yang disambar itu akan berlub4ng dan h4ngus.

Anehnya, apabila diperiksa, jemaah mendapati nadi imam muda itu masih berdenyut. Kemudian, apabila dipanggil namanya, imam muda itu menyahut tanpa sebarang masalah.

Sungguh anɛh kata Shamsudin, imam muda masih mampu bergerak dan berkata-kata seperti biasa. Ini bukan mimpi. Bukan Shamsudin seorang sahaja yang berada dalam surau ketika itu serta menyaksikan pɛtir menyambar tubuh imam muda tersebut.

Imam muda itu kemudian mengucap kalimah syahadah. Di ketika ini air mata imam muda itu mengalir laju. Lebih mengɛjutkan Shamsudin, apabila keadaannya semakin pulih, imam muda itu bangun, seterusnya berdiri dan berjalan ke belakang surau untuk mengambil wuduk.

“Kami pɛlik, badan imam itu tidak ter4akar. Sudahlah begitu, dia boleh bergerak pula seperti biasa. Macam mana boleh jadi begitu, sebab biasanya orang yang dis4mbar pɛtir akan meningg4l dunia, atau sekurang-kurangnya cedɛra p4rah,” sambung Shamsudin.

Tidak lama kemudian, cerita Shamsudin lagi, imam muda itu berjalan masuk ke surau dan mengajak orang ramai menghabiskan solat tarawih yang tertangguh sebentar tadi.

Mereka bersolat semula, namun solat Shamsudin tidak berapa khusyuk kerana memikirkan kejadian sebentar tadi. Dia khuatir dengan keadaan imam muda. Selesai rakaat kelapan, imam muda memberikan tazkirah selama sepuluh minit.

Tazkirah selesai, Shamsudin melihat imam muda seperti dalam kes4kitan. Lantas Shamsudin dan para jemaah lain membantu membukakan baju imam muda. Kelihatan di dada imam itu ada kesan kemerah-merahan. Bajunya pula berb4u h4ngit.

Anehnya, tidak ada sebarang kesan terb4kar pada badan imam muda ini, hatta bajunya juga tidak terb4kar seperti yang lazim berlaku kepada m4ngsa-m4ngsa pan4han pɛtir.

Melihat keadaan imam muda tersebut, beberapa orang penduduk kampung membawanya ke Hospital Jerantut. Lebih mengɛjutkan, sampai di hospital, imam muda itu berjalan sendiri menuju ke wad kecem4san.

Tiba di wad kecem4san, pegawai perubatan bertugas bertanyakan masalah yang dihadapi. Apabila imam muda itu menjawab, “Saya kena petir,” semua yang berada di wad berkenaan terkɛjut. Orang kena pɛtir masih mampu bergerak sendiri ke hospital, mereka berbisik sesama sendiri.

Imam muda itu seterusnya diminta berbaring di atas troli dan doktor segera memeriksa ke seluruh anggota badannya. Kira-kira 10 minit kemudian, doktor menggeleng-gelengkan kepala dan berkata kepada imam muda itu, “Masya-Allah. Kalau ikutkan malam ini orang dah kɛbumikan jasad ustaz.”

Sekali lagi air mata membasahi pipi imam muda itu. Doktor terus menggelengkan kepala sambil mulutnya tidak henti-henti beristighfar.

Shamsudin memberitahu juga, doktor itu terkejut kerana tiada kesan terb4kar dan tidak ada leb4m sedikit pun pada badan imam itu sedangkan biasanya kalau terkena ɛetir, pasti akan menemui aj4l. Paling tidak pun, jika sipi-sipi dan masih hidup, otak m4ngsa itu akan terganggu.

Bagi mengelakkan berlaku sesuatu yang tidak diingini, imam muda itu telah ditahan di wad Hospital Jerantut selama satu malam. Dua botol air dimasukkan ke dalam badannya. Keesokan harinya beliau diperiksa sekali lagi oleh doktor yang bertugas.

Doktor mengesahkan memang tidak ada sebarang kesan atau komplik4si kepada organ-organ dalamannya. Imam itu dibenarkan keluar dari wad.

Ustaz Dasuki mengakui bahawa cerita yang disampaikan oleh Shamsudin itu adalah benar. Dialah orang yang disambar pɛtir pada malam 27 Ramadan surau Kampung Batu Balai, Jerantut.

“Sebenarnya sehingga ke hari ini saya masih terkɛjut dengan peristiwa tersebut. Walaupun disahkan Hospital Jerantut bahawa saya stabil dan tidak menghadapi sebarang masalah, saya masih tidak yakin dengan diri saya,” beritahu Ustaz Dasuki semasa mengimbas kembali kejadian tersebut.

Menurut imam muda ini, selepas keluar dari wad di Hospital Jerantut, beliau bertolak ke Kelantan untuk berhari raya di kampung datuknya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Sampai di sana beliau terus ke Hospital Kota Bharu Perdana bagi membuat pemeriksaan kali kedua.

Namun keputusannya tetap sama dengan Hospital Jerantut. Daripada anggota luarannya sehinggalah ke organ dalaman seperti jantung dan juga otak, semuanya normal. Beliau turut dimaklumkan bahawa tidak ada sebarang kesan dan implikasi neg4tif pada badannya.

Ustaz Dasuki masih lagi kurang yakin. Bukan tidak percaya kepada doktor, tetapi beliau khuatir kalau-kalau ada masalah pada jantungnya. Selepas Hari Raya, beliau pulang ke Kuala Lumpur dan menemui seorang pakar jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Keputusannya juga sama. Tidak ada sebarang masalah pada jantungnya. Setelah tiga kali membuat pemeriksaan, barulah Ustaz Dasuki yakin yang dirinya sihat seperti sedia kala.

Kejadian ini memang anɛh. Tetapi pasti ada kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan dirinya terselamat setelah dipanah pɛtir.

Ustaz Dasuki tersenyum. Kata Ustaz Dasuki, dia sedia untuk menceritakannya, tetapi bukan untuk tujuan ri4k atau memb4ngga diri. Sebaliknya, cerita itu adalah untuk diambil iktibar tentang rahsia-rahsia kebesaran Allah SWT yang tidak mampu terjangkau oleh akal manusia.

Ustaz Dasuki menceritakan, ketika petir menyambar tubuhnya, beliau sedang membacakan ayat ke-36 dan 37 surah Ali Imran. Pada ayat ke-36 tersebut, Allah menceritakan bagaimana Maryam, ibu kepada Nabi Isa berdoa memohon Allah memelihara dan melindungi zuriatnya daripada godaan syaitan yang direj4m. Apabila masuk di awal ayat ke-37, diceritakan bahawa Allah memakbulkan doa tersebut dan menerimanya dengan baik.

“Ketika saya sampai ke ayat ‘Allah taala kabulkan permintaan tersebut’, serta-merta pɛtir berdɛntum dan menyambar badan saya.”

Ustaz Dasuki yakin peristiwa tersebut ada kaitan dengan ayat yang dibacanya. Tidak sukar memahaminya, kerana pɛtir adalah api, sama seperti kejadian sy4itan yang juga berasal daripada api.

“Jadi saya yakin apabila Allah memakbulkan permintaan Maryam supaya zuriatnya dipelihara daripada godaan sy4itan maka dengan sendirinya saya juga terselamat daripada pɛtir tersebut. Itulah kebesaran ayat Allah,” jelas Ustaz Dasuki.

Imam muda ini menceritakan juga, ketika petir menyambar beliau, terasa satu aliran mengalir dalam badannya. Namun apabila Ustaz Dasuki bertakbir sekuat hati, aliran tersebut terasa keluar melalui kaki.

Ustaz Dasuki bertakbir sebanyak tiga kali, dan tiga kali juga dia berasa suatu aliran panas keluar dari badannya.

Selain itu, Ustaz Dasuki juga yakin, peristiwa beliau selamat setelah disambar pɛtir itu adalah hasil doa anak-anak muridnya di seluruh Selangor.

“Saya percaya mereka juga mendoakan saya. Mungkin dua faktor inilah yang menyelamatkan saya. Saya bersyukur pada Allah. Ini benar-benar bukti kekuasaan Allah SWT”

Demikian penutup bicara Ustaz Dasuki Abd. Rani, seorang pendakwah muda berusia 32 tahun yang ceramahnya kerap disiarkan di Radio Malaysia Selangor.

Kebetulan pula kejadian Ustaz Dasuki dis4mbar petir ini berlaku pada malam 27 Ramadan yang termasuk dalam malam-malam ganjil yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW akan berlakunya lailatulqadar.

Sumber Shamsudin.