Petang bergurau, malam maut dalam kemalangan
“Petang semalam, kami sempat bergurau di rumah kenduri, namun malam tadi saya terserempak dengan dia yg dalam keadaan nazak sebelum meninggal dunia”.
Ketua Operasi Skuad Pengurusan Jenazah Percuma Hang Cangkul Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Muhammad Ridzuan Osman, berkata rakannya, Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 29, meningal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabit nahas di lebuh raya.
Mangsa yg bekerja di sebuah kilang dipercayai merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer (Km) 76.1, Lebuhraya Utara Selatan hala utara, di sini, kira-kira jam 9.45 malam tadi.
Muhammad Ridzuan berkata, dia sebelum itu sempat bertemu & bergurau dengan arwah ketika berada di rumah kenduri berhampiran kampung mereka di Tikam Batu.


“Selepas itu, kami beredar k3rana mempunyai kerja lain & arwah sempat memberitahu yg dia mahu menyertai konvoi bermotosikal ke Jitra. Saya pula ketika itu mempunyai urusan menghantar jenazah dari Hospital Sungai Petani juga menuju ke Jitra.
“Ketika dalam perjalanan di lebuh raya, saya ternampak kemalangan & memberhentikan kenderaan, nampak penunggang motosikal terbaring sebelum mengecam mangsa adalah rakan yg ditemui sebelum itu di rumah kenduri selepas melihat pakaiannya.
“Ketika itu, dia masih bernyawa & saya bersama beberapa rakan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas akhir. Agak mengejutkan k3rana kami baru beberapa jam bertemu & bergurau, namun tuhan lebih menyayanginya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata kemalangan itu ketika hujan lebat & laluan terbabit juga agak gelap k3rana tiada lampu jalan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa menunggang Yamaha Y15 dari arah Gurun menghala Alor Setar & merempuh SUV yg ketika itu sedang bergerak perlahan di lorong kiri k3rana kesesakan jalan akibat satu kemalangan tdk jauh dari situ.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan pada badan & disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) utk bedah siasat.
“Pemandu SUV tdk mengalami sebarang kecederaan & polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
