[VIDEO] Anak Keempat Baru Usia Setahun Tapi Dah Mengandung 9 Bulan, Wanita Ini Tak Makan Pil Perancang & Risiko Hamil ‘dekat-dekat’
Pil perancang bukanlah hanya digunakan bagi mereka yang baru berkahwin yang masih merancang untuk kehadiran ‘orang ketiga’ dalam kehidupan namun, ia juga digunakan untuk menjarakkan kehamilan.
Namun terdapat satu kisah tentang seorang ibu yang hamil anak kelima pada usia yang muda kerana tidak mengamalkan pengambilan Pil perancang.
Kisah yang dikongsikan oleh pengamal perubatan menerusi laman sosial, TikTok @bunga piani yang mengatakan bahawa ada seorang ibu muda yang berusia 25 tahun sedang sarat mengandung anak kelima.
Lebih mengɛjutkan lagi apabila wanita berkenaan memberitahu bahawa anak keempatnya baru berusia setahun dan itu bermakna dia disahkan hamil lagi sewaktu anaknya berusia tiga bulan.
Sungguh mengɛjutkan, apabila ditanya mengapa tidak mengambil pil perancang kehamilan kerana ibu mentua tidak memberi keizinan untuk mengambil pil itu kerana jika makan pil itu tidak kelihatan cantik lagi.
Turut dijelaskan bahawa keturunan ibu mentua tidak ada yang mengambil pil perancang kehamilan.
Sedar atau tidak sebenarnya mengandung dengan jarak kehamilan yang sungguh dekat ini mendatangkan bahaya kepada tubuh badan bahkan juga anak yang dikandung.
Berikut lapan risiko mengandung dengan jarak kehamilan yang hampir, ini yang perlu ibu-ibu ketahui:
1. ANEMIA.
Kebiasaannya wanita yang bersalin normal akan kehil4ngan d4rah sebanyak 200 hingga 400 ml. Badan memerlukan masa untuk menghasilkan kembali pembentukan sel darah merah dan ini mengambil masa selama 90 hingga 120 hari untuk dihasilkan.
Justeru, kehamilan yang rapat akan mendatangkan risiko kepada ibu kerana golongan ini memerlukan darah yang cukup sewaktu hamil.
2. RAHIM J4TUH.
Kesan daripada hamil dengan jarak yang dekat akan menyebabkan rahim j4tuh. Antara faktor ia berlaku disebabkan berat bayi, tr4uma ketika melahirkan bayi, kelahiran paksa sehingga menyebabkan otot dibahagian perut menjadi lemah.
3. RAHIM PEC4H.
Ini yang paling digɛruni, kebanyakan kes rahim pɛcah berlaku kepada ibu yang melahirkan secara pembɛdahan. Tempoh pemulihan rahim untuk membaik memerlukan masa yang lebih lama dan adalah berb4haya jika ibu kembali hamil sebelum rahim benar-benar pulih akan mendatangkan risiko untuk rahim pɛcah.
4. KELAHIRAN PRAMATANG.
Disebabkan rahim masih lemah dan kembali mengandung akan menyebabkan beban rahim bertambah. Oleh itu, bayi yang dikandung berisiko untuk lahir tidak cukup bulan.
5. BAYI KURANG BERAT BADAN.
Rentetan daripada masalah ibu yang menghid4pi masalah anɛmia ketika kehamilan, ia akan menyebabkan bayi kekurangan nutrisi semasa berada di dalam rahim ibu maka, bayi yang akan mengalami masalah kekurangan berat badan.
6. TEKANAN MENTAL DAN FIZIKAL.
Disebabkan oleh sikap suami yang mementingkan diri hanya kerana menginginkan anak yang ramai tanpa memikirkan nasib sang isteri yang mengandungkan anaknya.
Isteri ber1siko untuk mengalami masalah kemurungan kerana tidak mudah untuk menjaga anak-anak kecil dengan adanya pula bayi di dalam kandungan.
7. AUTISM.
Jarak kehamilan yang dekat akan memberi ris1ko kepada bayi untuk mendapatkan peny4kit autism. Hal itu kerana, perkembangan di dalam rahim ibu akan terbantut sekiranya bayi tidak mendapatkan nutrisi yang mencukupi.
8. ANAK KURANG MENDAPAT PERHATIAN.
Kehamilan yang dekat akan menyebabkan anak-anak yang dilahirkan tidak mendapat perhatian yang cukup. Mana tidaknya, anak baru berusia setahun jagung dah terpaksa beralih memberi perhatian yang lebih kepada bayi yang baru dilahirkan.
Adalah lebih baik untuk pasangan yang berkahwin mahupun yang sudah mempunyai anakuntuk sentiasa merangcang kehamilan. Tak salah makan pil perancang, bukan tolak rezeki anak tapi demi kebaikan diri dan anak-anak.
Semoga informasi ini memberi manfaat!
Sumber theAsianParent.




