Ditemui berlumuran darah, pesara guru maut ditikam anak kandung sendiri
Selepas berita tentang suami mengelar isteri dan anaknya tular semalam, hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu kejadian bunuh melibatkan ibu dan anaknya pula.
Ditikam di leher
Menerusi laporan dari Berita Harian, seorang wanita warga emas maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak lelakinya dalam kejadian di kediaman mereka di Paya Luboh, Melaka.
Kejadian dianggarkan berlaku sekitar jam 3 petang tadi selepas mangsa ditemui berlumuran darah di bilik air.
Anak perempuan mangsa yang menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah menjerit meminta bantuan.
Suspek ditahan orang kampung
Difahamkan, suspek yang berusia 40 tahun dipercayai menggunakan sebilah pisau untuk mencederakan mangsa sebelum ditahan oleh orang kampung.
Setakat ini, pihak forensik masih lagi menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.
Sumber: Berita Harian (Nraliawati Sabri)