Netizen ‘Bitter’ Wany Hasrita Terpikat Dengan Suami Sebab Buat Lawak Kartun


Lebih mengejutkan, berita pernikahan itu diumumkan oleh Wany kepada umum beberapa jam sebelum bergelar isteri. Difahamkan, Wany mengenali Adib sejak tahun 2010 serta memberitahu suaminya memikat dirinya dengan membuat lawak kartun sahaja.

Jumaat lalu, Jumaat lalu, penyanyi Wany Hasrita mengejutkan ramai apabila mengumumkan mengenai majlis pernikahannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Al-Adib Fahmi merupakan seorang juruterbang.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan dengan perkongsian Wany itu serta ‘bitter’ apabila penyanyi itu bersuamikan seorang juruterbang.

Seperti perkongsian tular seorang individu ini yang mengatakan Wany boleh menerima lawak tersebut kerana suaminya seorang pilot, namun jika lelaki itu tiada rupa belum tentu akan dilayan.

Perkongsian tersebut dikecam oleh netizen lain yang mengatakan mungkin individu berkenaan iri hati dengan jodoh penyanyi itu. Malah, ada netizen tidak bersetuju dengan perkongsian individu itu kerana sudah jodoh antara mereka.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Wany dan suaminya sepadan apatah lagi penyanyi itu juga mempunyai taraf pendidikan yang baik serta bebas daripada kontroversi.

LIHAT REAKSI NATIZEN

Sumber : ROTIKAYA