Suami Isteri Meninggal Selang 72 Jam! SPJM Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Istimewa Ini, Dahi Berpeluh Saat Dikafankan


Suami Isteri Meninggal Selang 72 Jam! SPJM Kongsi Pengalaman Urus Jenazah Istimewa Ini, Dahi Berpeluh Saat Dikafankan

Allah maha mengetahui segala-galanya. Setiap apa yang berlaku menjadi pengajaran buat kita yang masih hidup, Perkongsian dari skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) mengenai urusan jenazah sepasang suami isteri di fb Mr Wan Chai Official cukup memberikan satu keinsafan buat kita semua. Ini bukanlah sesuatu yang harus kita takutkan tapi perlu dikagumi dan diteladani keperibadian arwah.

Bacalah perkongsian yang boleh menjadi teladan buat kita semua.

21 tahun bersama, suami isteri dijemput lllahi selang 72 jam, Allah SWT memuliakan jenazah ini dari dunia lag.

24 Februari 2021-Bilik Gerakan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) menerima panggilan untuk membantu menguruskan satu jenazah lelaki berumur 65 tahun warga Indonesia.

Oleh kerana arwah pemegang kad permastautin tetap (MyPR), jadinya jenazah tidak boleh dituntut sehingga selesai urusan dokumentasi dengan pihak berwajib kemudian barulah segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dapat dilakukan.

KASIH HINGGA HUJUNG NYAWA

Kasih isteri terhadap suaminya dibawa sampai hujung nyawa apabila dia meninggal dunia 72 jam selepas suami yang dikasihi itu pergi buat selama lamanya akibat tekanan darah rendah.

Si suami meninggal dunia pada 22 Februari 2021 di sebuah hospital di Selangor. Manakala si isteri menghembuskan nafas terakhir 2 hari kemudian di kediamannya di Dengkil akibat kanser otak.

PENGURUSAN JENAZAH

Bagaikan telah berjanji dan begitu indahnya pengaturan dari Allah S.W.T. Dialah yang maha kuasa menyatukan pasangan ini dengan pernikahan dan Dia jualah yang mematikan pasangan ini dan Dia jugalah yang menentukan disemadikan bersebelahan . Seperti tidak boleh berpisah pasangan ini umpama sedang menikmati perjalanan yang indah bersama. hebatnya perancanganMu, Ya Allah.

Jenazah si isteri diuruskan di Dengkil dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pekan Dengkil selepas Zohor semalam (25 Februari 2021) manakala suaminya pula dikebumikan bersebelahan isterinya sebelum maghrib hari yang sama.

 

TANDA PERGINYA ORANG BERIMAN

Alhamdulillah,kami ditugaskan untuk menguruskan jenazah si suami di hospital .Saat melihat keadaan jenazah yang sudah berhari-hari disimpan dalam peti sejuk mayat itu kami terkejut kerana keadaan jenazah seperti baru meninggal dan dahinya masih berpeluh.

Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku, wajahnya sungguh tenang seperti sedang tidur. Kelu lidah kami sebentar melihat kebesaran yang Allah S.W.T tunjukkan.

Lalu jenazah pun dimandi dengan segera sepertimana biasa. Tetapi, semasa proses kafan. Masya Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku. Dahi jenazah ini mengeluarkan air dan kami lap air tersebut. Semasa hendak dipakaikan wangian pada jenazah, sekali lagi kami melihat dahi jenazah berpeluh. Kami tutup muka arwah dan selesailah proses mandi dan kafan. Seterusnya kami menuju ke masjid berdekatan rumah arwah untuk solat jenazah. Selesai tugas kami di sini dan seterusnya van masjid pula akan bawa jenazah ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.

Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah S.W.T telah pun memuliakan jenazah ini di atas jasa-jasanya yang Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui.

Mengikut cerita dari anak saudara arwah, bapa saudaranya selalu bangun di tengah malam dan bersolat tahajjud. Ditambah pula amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh orang sekeliling semasa arwah masih hidup, yang mana hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui

Sungguh istimewa jenazah ini

Mayat kebiasannya akan mengeras dan membeku.Tetapi jenazah ini empat hari di dalam peti sejuk mayat. Melihat dari keadaan dagingnya masih merah dan masih berpeluh.Wajahnya tenang seperti sedang tidur. MasyaAllah, kembalilah jiwa itu dengan redha lagi diredhai dengan wajah yang senyum dan tenang.

Rasulullah SAW bersabda:
“Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:
i. Bila dahinya berkeringat.
ii.Air matanya berlinang.
iii.Hidungnya keluar hingus.

Maka hal tersebut penanda rahmat Allah S.W.T untuk si mayat

Rasulullah S.A.W bersabda :

إِذَا أَرَادَ اللهُ بِعَبْدِهِ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ، قاَلُوُا: كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ. رَواه الإمام أحمـد والترمذي وصحح الحاكم في المستدرك.

“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambanya, maka Allah memanfaatkannya”. Para sahabat bertanya,”Bagaimana Allah akan memanfaatkannya?” Rasulullah menjawab,”Allah akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum dia meninggal.” [HR Imam Ahmad, Tirmidzi]

Jom sama sama kita aminkan doa ini.

“Kami bersyukur ya Allah kerana dipilih olehmu untuk diberikan petunjuk dan hidayah. Terimalah amal kebajikan kami dan ampunkan dosa dosa kami Ya Allah. Semoga dengan petunjukmu dapat jadikan kami yang hina ini insan yang berguna dan dirahmati olehMu dan tempatkanlah pasangan suami isteri ini di dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh”. Aamiin Ya Rabbal Alamin

Alhamdulillah, Syabas Skuad!

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFFESIONAL ANTARABANGSA

Kredit :Saiful Nizam