Plajar M3ninggaI dvnia Dilangg4r Lari, L3her Trkena Besi Penghadang Jalan
Plajar M3ninggaI dvnia Dilangg4r Lari, L3her Trkena Besi Penghadang Jalan
pelajar perempuan maut manakala bapa dan abangnya cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Tol Batu 3, di sini.
Dalam kejadian itu, m4ngsa yang membonceng motosikal bersama abangnya dikatakan dalam perjalanan untuk ke sekolah sebelum dilanggar sebuah kereta yang kemudian terus melarikan diri.
“Si bapa cedera ringan, yang meninggal dunia adalah anak perempuannya. Si bapa menangis beritahu bahawa itu satu-satunya anak perempuan dia,” katanya.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu bapa mangsa mengesan pemandu kereta yang tidak bertanggungjawab itu.
Ramai netizen yang bersimpati dan memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Namun dalam masa yang sama turut mempertikaikan penggunakan besi penghadang jalan yang dianggap membahayakan pengguna.
Sebelum ini, seorang pelajar perempuan dalam perjalanan ke sekolah pada awal pagi maut dilanggar lari sebuah kereta di Bukit Changgang.
Sehingga ke hari ini, pemandu terbabit tidak dapat dikesan.
Kes langgar lari semakin menjadi-jadi, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memasang dashcam di kereta masing-masing sebagai langkah awal untuk merakam bukti kejadian agar dari membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,
Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..
Sumber:janjiada