Gambar selalu tutup perut, Neelofa sekali lagi cetus spekulasi peminat

 

Meskipun para peminat membuat spekulasi tentang kehamilannya, selebriti popular Neelofa memilih untuk ‘mengunci mulut’ dimana tiada sebarang pengakuan atau penafian dibuat.

Memetik laporan Kosmo! Online, beberapa posting terbaharu oleh selebriti berusia 32 tahun itu di laman Instagram sekali lagi mengundang persoalan ramai didakwa sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian foto, dapat dilihat bekas pengacara MeleTOP itu mempromosikan sejadah di bawah jenama miliknya selain sebuah tas tangan mewah.

Bagaimanapun, segelintir netizen mendakwa cara ‘posing’ Neelofa seperti ingin menutup bahagian perutnya dengan produk yang dipegang. Begitu teliti mereka perhatikan ya!

Kalau benar, pasti ramai  tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik. Namun sehingga kini, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz itu tidak membuat sebarang penafian mengenai dakwaan tersebut.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu dengan bertemakan Jabal Rahmah yang menjadi tempat pertemuan Nabi Adam AS dan Hawa.

Sumber: Kosmo! Online