Adik Lutfi buat ‘comeback’!! Semangat baca al-Quran buat ramai tersenyum

 

Sebelum ini, tular di media sosial sedutan program Geng Ngaji yang begitu menghiburkan apabila ada seorang pemanggil cilik yang bersemangat mengalunkan bacaan al-Quran namun terputus panggilannya sehingga tiga kali.

Hal tersebut membuatkan ketiga-tiga pengendali program iaitu Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin, dan Juara  Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Farhatul Farizurah terhibur.

Adik Lutfi kembali

Selepas peristiwa ‘comel’ itu berlaku, pemanggil cilik yang dikenali sebagai adik Lutfi atau nama sebenarnya Muhammad Lutfi Rabbani, 9 akhirnya dapat juga mengalunkan bacaan al-Quran secara panggilan video di program Geng Ngaji.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Twitter dikenali sebagai @AdDien90, sedutan bacaan ayat suci al-Quran adik Lutfi sangat dipuji warganet walaupun baru sahaja berusia 9 tahun.

Suka tengok! Bersemangat & konsisten bacaannya

Rata-rata warganet juga telah meninggalkan komen dengan memberikan pujian keatas keberanian dan kehebatan kanak-kanak tersebut membaca al-Quran.

Mereka juga mengakui terhibur dan berasa seronok menonton program Geng Ngaji ini yang disiarkan sepanjang Ramadan kerana dapat sama-sama mempelajari ilmu al-Quran serta bacaannya dalam keadaan santai dan menyenangkan.

Kagum dengan adik Lutfi

Hebat didikan ibu bapanya

Program Geng Ngaji ini bersiaran di Astro Oasis bersempena dengan bulan Ramadan. Program yang bermanfaat ini mendapat perhatian ramai kerana bersifat santai dalam mengajak semua orang untuk sama-sama menghayati al-Quran serta maknanya.

ADVERTISEMENT

Sumber: AdDien90