“Kita jelaskan satu-satu , korang akan tahu kenapa 1 Malaysia kena tipu..” – Caprice

 #CELEB

“Kita jelaskan satu2, korang akan tahu kenapa 1 Malaysia kena tipu..” – Caprice

Penyanyi rap dan aktivis, Caprice terus menerima pelbagai ugutan daripada segelintir individu berhubung isu bantuan kemanusiaan ke Palestin yang membabitkan seorang pendakwah popular.

Menerusi laman Instagram, Caprice yang dikatakan menolak atau menepis pelukan seperti didakwa pendakwah tersebut memuat naik semula video ketika mereka bertemu pada 1 Julai lalu.

Betul ke Caprice tepis?

Menurut pemilik nama Ariz Ramli itu, dakwaan tersebut adalah berat yang disifatkan sebagai fitnah sehingga dirinya tidak boleh lagi bertindak untuk berdiam diri.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah.. terlalu banyak ugutan diterima… jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu persatu dan pertahankan setiap tuduhan. Fitnah adalah jenayah dalam Islam, lagi teruk dari membunuh,” tulisnya.

Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, orang ramai akan memahami dan membuka mata berhubung apa yang berlaku sehingga dirinya didakwa mengalami tekanan perasaan sebelum ini.

ADVERTISEMENT

“InsyaAllah pada penghujungnya, anda akan melihat dan memahami mengapa saya sakit hati dan kenapa selama ni satu Malaysia kena tipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah.
“Tentang isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel dan apa berlaku di Gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan dijawab.
“Maaf tapi saya dah tak boleh terima segala cacian atau makian lagi sementara orang2 kuat susun strategi untuk sembunyi Caprice,” katanya.

Caprice berkongsi video berkenaan dengan latar belakang video pendakwah itu yang membuat penjelasan mengenai pelbagai tuduhan menerusi sesi siaran langsung di Facebook, minggu lalu.

ADVERTISEMENT
“Bila peluk, dia dah macam lain sikit, macam dia tolak sikit. Saya tepuk dada dia, tiba-tiba dia tepis tangan saya. Masa tu tak fikir lagi, kenapa ye.. pastu dia mesej saya, video tadi boleh post?,” kata pendakwah itu.

Sumber: Instagram Caprice