Hanya hidup sejam, bapa reda anak jadi korban termuda akibat C0v1d-19
Hanya sempat sejam melihat dunia, seorang bayi perempuan meninggal dunia akibat Covid-19 selepas dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, pada Jumaat.
Menurut laporan Sinar Harian, ibu mangsa Nur Fazwatina Md Haruji melahirkan bayi berusia 24 minggu itu ketika tempoh kuarantin berikutan positif Covid-19.
Bapa mangsa, Nur Firdaus Abd Rahim berkata, anaknya Nur Firdina Anggun dipercayai antara korban termuda sejak pandemik tersebut melanda negara.
“Sebagai seorang anggota kereta peronda polis (MPV) saya selalu selesaikan masalah rakyat, kita tengok kejadian seperti ini berlaku hari-hari di depan mata.
“Apabila kena pada diri sendiri baharu kita tahu perasaan sebenar mangsa. Tidak kira kita polis atau doktor sekali pun Covid-19 ini tidak mengenal mangsa,” kata bapa berusia 30 tahun itu.
Sedehkan al-Fatihah buat anak syurga kami
Menerusi posting video di laman Facebook, Firdaus reda dengan pemergian tersebut selain bersyukur diberi kesempatan bagi melihat proses pengebumian jenazah anak bongsunya itu yang diuruskan oleh sukarelawan Unit Khas Van Jenazah di Tanah Perkuburan Selat Klang.
ADVERTISEMENT
“Syukur… dapat teman Anggun walaupon sekejap.. pergilah dengan senyuman. Anakku, babah mama abang kakak semua takkan pernah lupakan Anggun,” luahnya.
Difahamkan, isterinya yang berusia 31 tahun masih dirawat HTAR manakala lima anak mereka menjalani proses kuarantin di rumah.
Sumber: Sinar Harian (Mohd Azlim Zainury) , Facebook Firdaus Rahim & Finana