Dah 2 bulan tak tinggal sebumbung dengan suami, ‘madu’ lega kini bercerai

 


Kisah rumah tangga pengguna Facebook dikenali sebagai Syiela Rashid hari ini tular lagi apabila dia menghantar suaminya bercerai pula.

Mana tidaknya, perkahwinan suami dan madunya pernah menjadi bualan netizen di media sosial selepas pengguna Facebook berkenaan meminang sendiri madunya untuk menjadi isteri kedua kepada suami tersayang.

Namun hari ini, suami wanita tersebut sah menceraikan isteri keduanya dan masing-masing sudah pun memuat naik kenyataan di media sosial.

Berlapang dada sudah bercerai

Wanita yang diceraikan tersebut juga telah membuat posting memberitahu berasa lega dengan penceraian ini dan berharap agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Akui dah 2 bulan tak tinggal sebumbung

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan berkaitan sudah dua bulan tidak sebumbung dengan suami menjadi perbualan hangat netizen.

Akan tetapi, wanita tersebut yang dikenali sebagai Ain Soleh enggan memanjangkan lagi cerita dan memohon pihak ‘sana’ juga berhenti memuat naik gambar mereka yang boleh mengundang lebih banyak fitnah.

ADVERTISEMENT

 

Mohon maaf andai ada lakukan kesilapan

Ain juga berlapang dada dengan penceraian yang berlaku dan berharap agar menjadi insan yang tabah menghadapi hari-hari mendatang.

ADVERTISEMENT

Dikesempatan itu  dia memohon maaf andai sepanjang hidup berpoligami ini ada sebarang kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, perkongsian daripada wanita bernama Syiela Rashid tular apabila memuat naik gambar ketika dalam perjalanan menghantar suaminya bercerai dengan madunya.

Ia membuatkan netizen terkejut kerana suami dan madunya baru sahaja bernikah tahun lalu dan persiapan perkahwinan tersebut diuruskan oleh Syiela Rashid sendiri.

Sumber: Facebook Ain SolehSyiela Rashid