Demi Rezeki ‘Sesuap Nasi’ Wanita Hidap Tvm0r Terpaksa Ketepi Rasa Malu

 

Demi Rezeki ‘Sesuap Nasi’ Wanita Hidap Tvm0r Terpaksa Ketepi Rasa Malu

SUDAH menjadi lumrah hidup, setiap insan menerima ujian berbeza-beza. Begitu juga dengan wanita ini yang reda diuji dengan ketvmbuhan pada mata sejak berusia dua tahun. Menurut Nor Najwa Ayuni Hamdan, 30, dia reda apabila dis4hkan mengh1dap neurofibromatosis dan cuba menjalani kehidupan biasa seperti insan-insan lain.

Mesra disapa Najwa, dia ketika dihubungi mStar mendedahkan pernah menjalani pembed4han sebanyak dua kali, namun ketvmbuhan itu tetap ada sehingga ke hari ini. “Ia bermula ketika saya umur dua tahun. Kecil sahaja pada waktu itu sehinggalah saya terp4ksa dibed4h pada umur empat tahun.

“Ingatkan dah habis, rupa-rupanya masih ada lagi ketvmbuhan selepas dibed4h. Kemudian saya menjalani pembed4han kedua ketika umur 16 tahun. Pada waktu itu ketvmbuhan dah besar, doktor buang yang bahagian tepi saja. Sekarang saya hanya melihat dengan satu mata,” ujarnya.

Menurut wanita dari Hulu Terengganu itu, pandangan yang terhad menjadi cabaran utama, namun dia sudah terbiasa. Malah katanya, dia tidak mahu bersedih dengan takdir, sebaliknya mahu cekal meneruskan kehidupan untuk menyara diri. Masa sekolah rendah ada budak-budak ejek, sekolah menengah dah tak ada.

“Saya dah enam tahun menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sekarang saya bekerja dalam bidang customer service. “Memang pandangan saya terbatas, tapi saya dah terbiasa. Ketvmbuhan ni pun tak sakit, cuma kadang-kadang ia rasa berdenyut.

“Kadang-kala saya rasa segan juga. Tapi kalau saya tak yakin, macam mana saya nak kerja dan dapat duit? Jadi saya teruskan macam biasa,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu. Imbas Najwa, dia juga pernah diejek ketika zaman sekolah rendah, namun semuanya berubah apabila dia ke sekolah menengah.

“Masa sekolah rendah ada budak-budak ejek, sekolah menengah dah tak ada. Kalau ada orang tanya, saya sedia bercerita. Cuma tak suka bila orang pandang pelik kepada saya. “Dah terbiasa sejak kecil lagi, tapi kadang-kadang tetap malu nak pergi tempat orang ramai,” ujarnya lagi.

Disebalik ujian yang dihadapi bertahun lama, Najwa turut menerima banyak sokongan selepas videonya tular di TikTok. Kata Najwa, dia tak sangka akan meraih perhatian ramai dan berterima kasih atas segala doa yang dititipkan kepadanya.

“Saya terharu sebab ramai yang prihatin dan doakan saya. Saya juga tak sangka akan viral. Banyak yang positif, ada juga indidvidu senasib dengan saya tinggalkan komen. Pesan saya kepada mereka yang ada penyakit ini, abaikan kata-kata negatif. Kalau orang pandang, buat tak tahu saja.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat saja. Kalau kita rasa kita ni teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah kat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, selalu fikir positif dengan Allah,” ujarnya lagi.

Sumber:kalamindah

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih