Tetaplah solat walau kita seorang pendosa, peringatan terakhir arwah buat rakan


Seorang pengawal keselamatan maut selepas kereta dipandu terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Tanjung Resang-Mersing hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Nadiah Md Tahir, 32 tinggal di Felda Tenggaroh Timur 1 meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah.






Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 11.15 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta berkenaan dipandu mangsa bersendirian dari Tanjung Resang menuju ke Bandar Mersing.

“Apabila sampai di Jalan Tanjung Resang Mersing kereta tersebut telah hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang elektik.

“Akibat daripada kemalangan itu pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Mersing,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa telah di hantar ke forensik Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE