Alin sempat merasa jadi ibu 43 hari, ” Honda Jazz kemalangan dia tercampak ”


Seorang wanita m4ut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kem4langan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 124, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 di sini semalam.

Dalam kejadian berkenaan mangsa, Adzlin Zarina Mohd. Rosmizal,23, mengalami kecederaan p4rah selepas terc4mpak keluar dari kereta sebelum dil4nggar sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Sebak luahan rakan baik arw4h, Alin macam tak percaya je awak dah takda rasa semua ni macam mimpi tau 😢 Kita baru chat hari ahad alin , Last story awak semalam kat kedai selipar jeane tu . Lepas tu tkda dah, Bangun tidur dapat berita awak dengan kecik excident terduduk kejap dapat tahu awak meninggal 😭 .

Tahun 2020 lepas qila bersalin kita jumpa lepas tu alin pernah cakap dekat qila nak juga pregnant nak merasa jadi mak, Lepas tu qila cakap insyaAllah 2021 alin pregnant, Alhamdulillah tahun 2021 alin pregnant qila pun pregnant, Akhirnya 2022 apa yang alin ingin tu semua tercapai alin sempat juga merasa jadi mama walaupun hanya 43hari .

Al-Fatihah alin 🥺 . Qila tahu alin sangat sangat penat dengan dunia ni . Tiba masanya untuk alin berehat buat selamanya Alin seorang yang baik, kuat penyabar, Qila sayang alin tau 😭 Selamat jalan Adzlin Zarina Semoga alin ditempatkan dikalangan orang yang beriman ❤️ .

Korang yang mana baca status qila ni tolong sedekahkan AL-FATIHAH buat kawan qila ni 😊 – Syaqila Mohammad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah malam itu berlaku ketika m4ngsa yang menaiki kereta jenis Honda Jazz dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jerantut.

Apabila tiba di tempat kejadian kereta jenis Toyota Jazz berkenaan telah melanggar bahagian kanan belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan serta berpusing dan terbabas di bahu jalan sebelah kiri.

Akibat kejadian, pemandu dan penumpang kereta tercampak keluar daripada kenderaan dan pada masa sama sebuah kereta jenis Perodua MyVi melanggar penumpang yang terc4mpak di lorong kiri jalan, katanya di sini hari ini.

Menurutnya, penumpang kereta yang tercampak men1nggal dun1a di tempat kejadian manakala pemandu kereta pula cedera di bahagian kepala dan paha.

Katanya, m4ngsa yang maut dibawa ke H0spital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bed4h siasat manakala m4ngsa yang cedera dir4wat di hospital sama. Al fatihah.