Mengapa Anda Diam Bila Rasulullah DIH1NA?


1. Dengarkan nasihat dari video ini. Andai Muslim sendiri diam ketika agama mereka dih1na, dibimbangi orang kafir tidak merasa r1sau akan isu mengh1na Islam ini. Bahkan dikhuatiri akan menjadi trend mereka pula untuk memandang rendah agama Islam.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
2. Lebih ma lang lagi apabila ada Muslim sendiri yang tidak sens1t1f dengan pengh1naan terhadap Rasulullah SAW, bahkan merasakan tidak perlu untuk memberikan reaksi. Mereka berkata Rasulullah SAW bersikap lembut terhadap pencaci, tetapi mereka lupa bahawa Baginda SAW turut bersikap tegas terhadap pengh1naan ke atas Islam.

3. Al-Imam Ibn al-Qayyim pernah menampilkan beberapa contoh individu yang dihu k0m oleh Rasulullah SAW kerana menzahirkan pengh1naan terhadap Rasulullah SAW. Menurut Saidina Ali, seorang lelaki perempuan Yahud1 pernah mencer ca Nabi secara terang-terangan.

Perempuan tersebut telah dikenakan huk0 man lalu perkara ini dibawa kepada Nabi. Rasulullah SAW mempertahankan tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa perjanjian perlindungan perempuan tersebut terbatal kerana tindakan tersebut. (Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, (al-Dammam: Ramadi li al-Nashr, 1997), 3/1398.)

4. Para sahabat dahulu sangat menjaga adab mereka bersama Rasulullah ketika Baginda hidup mahupun setelah men1ng gal. Saidina Umar pernah memarahi dua orang lelaki dari Taif yang meninggikan suara ketika berada di dalam Masjid Nabi. Kata Umar:

لو كنتما من أهل البلد لأوجعتكما جلدا، ترفعان أصواتكما في مسجد رسول الله صلى الله عليه وسلم .

“Kalaulah bukan kerana kamu ini bukan ahli negeri ini (lelaki tersebut dari Taif), aku akan sebat kamu berdua. Apakah kamu meninggikan suara di dalam Masjid Nabi?”

Bayangkan Tuan-puan, meninggikan suara di Masjid Nabi pun Umar tidak benarkan, apatah lagi mengh1na Rasulullah dengan karikatur yang j1 j1k.

5. Begitu juga dengan al-Imam Malik yang dikatakan tidak menunggang tunggangannya di Madinah kerana menghormati Baginda Nabi. al-Imam Malik tidak mahu menunggang binatang yang menghenjakkan kakinya di atas bumi yang bersemadi jasad Rasulullah. (al-Kandahlawi, Awjaz al-Masalik, Dimashq: Dar al-Qalam, 2003, 83)

6. Begitu tinggi penghormatan para Sahabat serta salafussoleh terhadap Rasulullah. Jangan pula kita berdiam saat Rasulullah dih1na.

Semoga Allah membimbing kita.

Sumber:MysumberMaya