TAK PERNAH TINGGAL DHUHA & QIAM, PERBADI MULIA YANG TERUS INGATI DOKTOR DAN BAYI KEMALANG4N VAN


Hidup di dunia tiada yang kekal abadi. Setiap orang yang pergi dijemput Ilahi akan meninggalkan kenangan tersendiri. Manusia yang baik akan meninggalkan kerinduan yang teramat sangat pada insan-insan yang ditinggalkannya.

Kisah ini mengingatkan kepada doktor dan bayi kemalangan van ambulans beberapa tahun lalu semasa Malaysia sedang bergelut hebat dengan pandemik Covid-19.

Doktor dan bayi kemalangan dalam perjalanan ke hospital

Ketika penularan wabak Covid-19 yang lalu, frontliners sentiasa berdiri di benteng hadapan untuk membantu masyarakat menghadapi virus ini. Pasukan petugas perubatan adalah salah satunya yang tidak pernah kenal erti penat memakais perlindungan berlapis-lapis di bawah terik matahari hanya untuk merawat pesakit.

Dalam kemelut itu diberitakan pula berita yang membabitkan doktor dan bayi kemalangan ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang.

Van ambulans tersebut dinaiki oleh lapan orang penumpang termasuk lima orang doktor dari ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai. Akibatnya, ia menyebabkan Dr. Nooranisah Mohd Razali serta anaknya yang dikenali sebagai Mohammad Fitri Yusuf Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia. Manakala lima lagi penumpang dan pemandu, Mohd Lazim Abdullah,

Dr. Siti Salwa Mohamad Shokri, Syahirah Muhamad Razali, Dr. Norazma Mohamad, Dr. Linda Laila Ibrahim Shukri, Dr. Suzuanhafizan Omar, dan Dr. Hazirah Sazali terselamat dari kejadian tersebut.

Kemalangan yang berlaku kira-kira di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai berdekatan Kampung Renok Baru, Gua Musang ini sebenarnya untuk membawa mereka menjalankan tugas rawatan Covid-19.

Mulianya peribadi dan akhlak seorang doktor dan sahabat

Rentetan dari kejadian menyayat hati tersebut telah berkongsi seorang pengguna Facebook, Ummi Abibah tentang peribadi mulia arwah Dr. Nooranisah ini.

Ummi Abibah yang juga kenalan kepada Dr. Nooranisah berkata, “Kak Nisa (panggilan untuk Dr. Nooranisah) sanggup berulang alik alik selepas kerja ketika zaman housemanship dari Hospital Ipoh ke Seri Iskandar untuk menyertai usrah.

“Pernah tanya kak Nisa, bila masa dia berehat memandangkan zaman tu dia masih HO. Berulang alik dari hospital Ipoh, lepas kerja gerak ke Seri Iskandar untuk usrah, meeting dan gerak kerja yang lain. Rumah aku merupakan rumah kedua dia untuk transit.

Dia kata kat dunia ni tempat untuk kita bekerja. Bekerja untuk diri kita, bekerja untuk ummah semampu yang kita boleh. Nanti di syurga rehatlah sepuas mana yang kita nak.

Orang yang tidurnya sedikit dan banyak berfikir tentang ummah. Kerap kali terjaga malam dan nampak kak Nisa tengah qiamullail. Kalau aku tak ada kes oncall malam tu dia akan ajak qiam sekali. Dhuha tak pernah tinggal, dan akan senyum walaupun aku masak makanan terlebih masin.

Selamat berehat di sisi Tuhan kak Nisa & baby Yusuf. Berehat sepuas-puasnya. Semangat kak nisa masih ada dalam perjuangan kita. Semoga ganjaran syahid untuk Kak Nisa,” coretan Ummi Habibah dalam akaun Facebooknya.

Syurga tempat kamu berehat sepuasnya, damailah engkau di sana

“Dunia ini tempat untuk kita bekerja, mengumpal segala amal kebaikan untuk kita semai apabila di akhirat nanti. Nak berehat, berehatlah di syurga Nya sepuasnya.”

Bukan sahaja sangat gemar menghadiri usrah, malah arwah Dr. Nooranisah juga sentiasa melazimi amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan qiamulail.

Pemergiaan ini tidak hanya ditangisi keluarga dan rakan-rakan. Malah berita duka tersebut turut mendapat reaksi ramai netizen. Mereka telah mengucapkan salam takziah buat suami serta keluarga Dr. Nooranisah serta berharap agar mereka tabah menghadapi ujian. Mereka turut mendoakan supaya roh keduanya ditempatkan disyurga bersama orang-orang beriman.

Sesungguhnya peribadi arwah Dr. Nooranisah mengajar kita untuk sentiasa ingat pada tujuan kehidupan yang sebenar. Hidup di dunia hanya pinjaman yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia untuk beribadah dan melakukan sebanyak-banyaknya kebaikan agar ia dapat membantu kita diakhirat kelak.

Orang yang soleh memang akan menjadikan dunia ini sebagai medan penuh kelelahan, kepenatan, air mata, dan ujian. Kerana mereka sedar makna berehat adalah apabila seseorang itu berjaya mendapat kemuliaan untuk duduk di dalam syurga.

Sumber: Facebook Ummi Abibah via https://majalahilmu.com/