“Sem0ga Quran K0yak lni Menjadi Saksi Di Sana Nanti”Selepas 8 Tahun Khatam Al-quran Noorkhiriah Pes4n Jangan Malu Untuk Belajar Baca

 


Better late than never, mungkin anda pernah baca potongan ayat ini kan. Demikianlah ungkapan yang boleh dberikan kepada Pelakon popular Noorkhiriah.

Dia baru-baru ii berkongsi kegembiraan apabila memaklumkan selepas lapan tahun, akhirnya telah berjaya khatam Al-Quran. Perkara tersebut dimuatnaik menerusi satu potongan video di Instagram miliknya.

“Maka Berakhir Penantian Akak Selama 8 Tahun Lebih Kurang Pukul 9 Tadi..Allah Aje Yang Tahu Perasaan Akak Dik..Dari 2013..Ada Masa Pegi..Ada Masa Mengantuk..Ada Masa Sibuk Dengan Dunia Tapi Allah Maha Baik..Dipermudahkan Malam Ini..

“Moga Quran Yg Dah Koyak Yang Akak Syg ni Akan Jadi Saksi Kat Sana Nanti..Akak Akhirnya Khatam Al Quran Setelah Bertahun..Dok Pi Mari Pi Mari..Berkat Kesabaran Ustaz shafiq_albi ..Dlm Pening Dalam Tak Sihat Dalam Sibuk Pindah Rumah Tetap Sabar Nak Tgk Akak Khatam Setelah Sekian Lama,” ujarnya.

Malah, pelakon ini turut menitipkan pesanan usah ada perasaan malu untuk belajar Al-Quran dalam usia yang lewat.

“Perkongsian Akak 1 Je..Janganlah Kita Tinggalkan Al Quran..Jangan..Dialah Yang Akak Jadi Kawan Kita Dalam Kubur nanti..Dan Jangan Segan Malu Pada Yang Terlambat Sebab Belajar Al Quran xde Istilah Terlambat..Allah Aje Yang Tau Perasaan Akak Bila Habis Tadi..Sb Akak 0..

“Sampailah Boleh Ngaji Sesikit Berkat Sabar Ustaz shafiq_albi..Syukur..Itulah Niat Akak Sblm Akak Meninggal Akak Nak Khatam Dalam Umo Skrg..Masa Sekolah Dah Tapi Dah Tua ni..Inilah Kali Pertama…,” ujar Noorkhiriah lagi.

Walau bagaimanapun video berkenaan telah dipadamnya kerana bimbang disalahertikan.

Sumber:Keluarga